Sunday, January 15, 2012

Belajar

Assalamualaikum

tau tak..
aku study pagi hari ni
kalau tak malam je aku study
ish..ish..ish
tapi tu pun kejap je
mula kul 10 lebih habis dekat-dekat kul 12
haha..
kejap je pun tapi ok la dapat gak input-input berguna tuk jawab peksa
sebelum tu aku call mak
maklumkan yang aku balik lambat kot
21/01/2012
lambat sehari je
pastu Insyaallah datang balik hari khamis
26/01/2012
pasal nak pergi dinner last untuk 4th year students fem
kalau takda aral melintang aku mungkin pergi johor kot
kenduri kahwin kat rumah pikah
jauh nak pergi
masa bagi tau mak
mak kata 
"ikut la hang"
"tapi jangan sampai lepas tarikh nak masuk LI sudah"
tapi aku rasa mak macam tak berapa nak bagi
nanti la bila sampai rumah aku tanya lain
face to face lagi senang 
la ni sambil mengupdate blog sambil sarapan
minum milo plus roti 
sorang -sorang
tanpa teman
petang nanti may be pergi nilai square
dayah nak beli bantal busuk
hehe..
bila pikir-pikir leh la aku beli hadiah untuk tirah
sempena PMR dia yang lepas punya gempak result
dia dapat 7A 2B
B tu KHB and BI
kalah aku
tapi dia tak mau masuk kelas akaun 
katanya susah

mak aku cakap
pastu mak aku terus tanya soalan cepu tak berapa nak mas sangat
"hang cakap kat dia ka yang dok kelas akaun tu susah?"
terkelu di situ
aku lak
"mana ada"

aku pun bukannya ingat kalau ada tercakap macam tu
entah mungkin ada mungkin takda
aku dulu masuk kelas akaun sebab bila dah masuk kelas tu tak gaduh risau kena turun kelas
kalau masuk kelas ekonomi kena usaha lebih la nak maintain dalam kelas yang bagus
betapa sempitnya pemikiran aku kan?
bila dah belajar baru tau betapa terkedek-kedeknya aku
belajar akaun plus math tambahan
habis ting 5 aku sambung kat kolej
in accounting
sekali lagi aku jumpa subjek-subjek yang seram ni 
(seram kat aku je)
aku tak dapat bawa
result akhir agak teruk
masuk U
ada lagi subjek ni 
1 2 subjek yang belajar benda yang sama macam yang aku belajar dalam akaun
haaaaa..ha
(mengeluh berat)
tapi
ceritanya jadi lain sikit
walaupun aku seram tapi aku still leh buat dengan jayanya
mungkin sebab dah 2 3 tahun belajar benda yang sama cuma berbeza cikgunya je
plus kawan-kawan yang banyak membantu
and
semua tu Allah yang bagi

boleh dikatakan aku banyak belajar kat USIM ni
terutama dengan magnificent_6


 masa aku habiskan banyak dengan diorang
..and..


aku tak tau apa yang aku akan lalui bila dah habis belajar nanti
tanpa diorang 
mau sedih kot
membayangkan beberapa hari je lagi nak sampai hari terakhir kitorang sama-sama kat sini
sapa yang akan nangis dulu..teresak-esak..peluk bahu
mata merah hidung berhingus
sob..sob..sob
ya and yes
lepas ni still leh contact and jumpa
but it's not the same 

kuatkan hati ini
tabahkan hati kita
bertemu berpisah adat dunia
kerana Allah lebih utama
sedih gembira semua rasa
jadi kenangan sepanjang masa
suci hati suci jiwa
semoga ada keberkatan 
ukhwah fillah 
keakhirnya






smile sokmo






No comments:

Post a Comment