Wednesday, February 1, 2012

Kampung

Assalamualaikum

bersin + batuk = selesema
ni la keadaan aku lepas balik dari Nilai 28/1/2012 hari tu
lepas dinner 4th year fem
aku kat kampung sekarang
dapat connect to internet tu yang cepat je update blog

apa cerita dinner
ok..best..seronok..and segala apa yang membawa maksud yang sama
sebelum sempat la jalan-jalan kat alamanda putrajaya gan feeza and dayah
kitaorang bertiga je yang pergi dinner
beli buku kat mph
nak menghabiska voucher buku 1Malaysia yang rm200
tapi baru guna rm50
apa aku nak beli?

balik hari tu aku naik bas kat Seremban
dayah and feeza sekali
cuma destinasi berbeza
aku ..kedah
diorang..johor
bas aku gerak pukul 11am
pergi kajang pastu apa ntah satu tempat lagi
masa kat kajang...
ada la satu family penumpang ni
mak + anak pompuan + anak lelaki
diorang duduk seat depan seat aku
sebelah aku masa tu kosong lagi
budak pompuan tu berdiri tengok aku
aku senyum manis
kononnya nak attract budak tu
memang terattract pun
dia gan abang dia
budak tu bahasakan diri dia adik(6 tahun) and abang(8 tahun)
pastu aku lak diorang panggil kakak
nama diorang
aku tak ingat 
ingat sebelum turun tu nak tanya balik tapi dah tak sempat
banyak la soalan yang diorang tanya
pastu ajak aku main
aku layan je la main sekali
aku dah tak peduli kalau orang seat lain tengok
yang meyentuh hati aku
bebudak tu bagi aku coklat
banyak lak tu
aku kelam kabut bagi balik
ye la kan tak kan nak ambik coklat dari budak pulak
walaupun sebelum tu aku ada bagi diorang gula-gula
aku ambik satu je yang lain aku bagi balik
tapi rupa-rupa nya ada dua kat dalam beg aku
satu tu tersesat la tu
rezeki
sembang punya sembang..main punya main
tido la segala macam
bas lambat sampai gara-gara tayar problem masa kat penang
uncle bas tu terus pandu masuk workshop
betulkan tayar segala baru gerak
time tu yang si abang duduk kat seat depan-depan
sebab dah ada yang turun and ada seat kosong
adik je yang main gan aku
ganas gila la budak tu
adik tarik tudung aku
nak cubit anak orang
aku sampai tak terdaya melayan dia
nasib baik mak dia pusing tengok terus dia tak jadi tarik tudung aku
sampai kat sungai petani adik gan abang tidur
aku pun dah boring je
last-last sampai alor setar
masa nak turun aku sempat tepuk bahu abang and dia bye-bye aku
aku pun bye-bye dia balik
diorang turun kat jitra jadi lagi satu perhentian
 
aku ada sembang gan diorang..
 aku tanya
"berapa beradik?"
abang jawab 
"tiga"
aku tanya lagi 
"mana lagi sorang?"
dia jawab
"ni"
..sambil tunjuk kat mak dia..
 pastu aku tanya
"sapa yang no 1?"
maksud aku siapa yang sulung, second, and third
dia jawab
"abang no 1, adik no 2, and mak no 3"
aku terdiam 
ok
tak tau la nak gelak ke apa

paper last aku hari tu
teruk aku rasakan
study last minute
nak jadi cerita aku diserang demam malam sebelum hari periksa tu
kotiauew  goreng yang dibeli pun tak disentuh langsung
tak lalu
madam dah bagi tau soalan apa masuk
semua lima soalan jawab empat
tapi lepas study dua soalan aku terus tumbangkan diri atas katil tak sedar sampai feeza masuk
tapi aku tetap teruskan tido
tido aku dibayangi dengan soalan-soalan periksa
sampai ke pagi 
bangun subuh 
masuk toilet kena cirit-birit
alhamdulillah periksa mula petang
jadi aku ada masa study sikit 
walaupun masa tu badan tak berapa sedap
aku tetap gagahkan diri
sebenarnya tak berapa nak masuk kepala sangat apa yang dibaca
kepala pening tapi badan kurang sikit panasnya berbanding malam
masuk dewan exam aku pinjam air feeza and bawa gula-gula
"kamu ada masa 15 minit lagi untuk menjawab"
aku 
"ala kena lambat sangat nak habis ni"
mata melilau tengok orang
budak tu leh jawab penuh je kertas dia
aku...
tak tau la berapa dapat
tapi yang penting jangan la kau kena mengulang





smile sokmo