Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum

aku sihat
walaupun dah lama tak update cerita baru

hari khamis baru dapat anak sedara baru
baby girl
Hafsah Binti Muhammad Fairuz
belum tengok lagi jadi takda gambar
esok mungkin

baru saja mengemaskini maklumat-maklumat untuk j-qaf
dah sahkan pun
cuma tunggu keputusan 

aku beli camera baru
jadi raya tahun ni aku usung la p beraya sekali
nak kenalkan kat semua orang
pastu masa mak aku buat rumah terbuka aku kira dok ambik
gambar adik-beradik sepupu-sepapat aku
nak jadi kisah

"cepat la..", pujuk diorang ala-ala marah manja gitu
"jom ambik gambar.."
aku dah berpeluh berdiri kat luar rumah masa rembang petang
yang girls malu-malu
jangan risau aku bukan jenis yang rajin 
masukkan gambar-gambar ni dalam fb
kalau rajin pun aku akan pilih yang elok-elok ja
"cepat la..ramai-ramai ambik gambar.."
"tahun depan dah takda.."
terkelur ayat yang ada maksud mendalam tu
dalam hati simpang malaikat 44
asthagfirullahalazim...2 3 kali dalam hati
lastly dapat juga ambik gambar

nanti sambung lain


smile sokmo


Tuesday, July 3, 2012

Anak dara tua

Assalamualaikum
aku sihat

"tirah kita kahwin sekali jom", tiba-tiba aku bagi pendapat kat tirah
"tak mau aku, aku tak mau kahwin awal", nada sedikit hagin
"laa..aku tunggu hang habis mengaji la..pastu kita buat kenduri sekali..jimat", segala macam alasan aku bagi
"tak takut ka jadi anak dara tua nanti..haah?", soalan cepu gangsa dari tirah
dengan nada riang-ria aku menjawab..
"apa nak kisah jadi anak dara tua, kalau dah jodoh dia lambat nak buat macam mana?, tu cuma title je" 
dalam hati hanya Allah yang tau minta tak la jadi macam apa yang aku cakap

aku dulu bercita-cita nak kahwin awal..kahwin time belajar..konon-kononnya..
tapi sampai la ni tak kahwin-kahwin dan aku tak kisah sebab umur muda lagi
belajar pun tak habis lagi
banyak benda lagi nak kena belajar
bukan setakat habiskan belajar kat universiti tu
belajar kenal dunia kenal manusia
cari pengalaman dalam hidup
la ni aku sedar yang aku banyak tak tau
orang tanya aku dan jawapan yang aku bagi adalah tak tau
ada impian yang aku nak langsaikan
masaalahnya aku ni bukan budak yang pandai buat perancangan dalam hidup
aku cuma budak yang pandai kata
"I follow"


smile sokmo


Pesan Ustaz Mat

Assalamualaikum
aku sihat

"hidup kena ada prinsip", ustaz mula bermukhadimah
"emm..", kepala terangguk-angguk
tak tau la 'emm' untuk faham apa yang ustaz cakap atau sedap roti yang dikunyah
"yang betul cakap betul and kalau salah kena cakap salah", ustaz sambung lagi
kepala aku pun terangguk lagi
"kalau buat salah minta maaf..kita tau yang kita buat salah"
sambil-sambil gulung rokok daun ustaz berpesan
"ya..ya..betul", membetulkan apa yang betul
pesan ustaz dalam minggu-minggu terakhir aku 
praktikal kat pejabat zakat pendang 




Sunday, June 24, 2012

Kenduri tunang ker?

Assalamualaikum
aku sihat

"lama kita tak buat kenduri kan?", sambil-sambil hirup air masak aku tanya tirah
"tunggu hang kahwin nanti la", sedap sungguh jawapan yang keluar dari mulut dia
"bukan kenduri kahwin la..", aku mengeluh sedikit
"kenduri adik-beradik..jamuan kecik-kecik"
kena guna perkataan jamuan kot baru kena, baru faham
tapi sebenarnya aku memang sengaja test tirah
nak tengok jawapan yang keluar dari mulut dia sama dak dengan apa yang aku fikir
jadi jawapannya sama

jadi terjadi la cerita aku menjemput budak-budak pejabat zakat mai rumah
dulu masa awal-awal buat praktikal depa nak mai rumah tapi mak aku tak bagi
dalam dok buat praktikal merata rumah depa aku p, jadi mak aku pun bagi la
ditambah dengan depa pun dah nak habis praktikal
mai lah depa beramai-ramai ke rumah aku

jadi disebabkan mak aku tak larat nak masak
mak aku pun tempah la mee rebus kat sorang mak cik ni
mak cik ni pulak rumah dia dekat-dekat dengan rumah mak abah abang ipar aku
mak cik ni pun tanya la kat mak abang ipar aku yang aku ni nak bertunang ker?
mana taknya tempah makan untuk 20 orang
tak ker ramai tu
mak aku tempah untuk budak-budak pejabat ditambah dengan family aku sekali
tu yang jadi ramai tu
mak abang ipar aku lak tanya kat abang ipar aku
yang abang ipar aku p suruh tanya kat ustaz ismail sendiri iaitu abah aku
last-last mak cik tu tanya fakhrur yang ditugaskan untuk ambil tempahan
keluar la cerita sebenar-benarnya
jemput depa mai untuk tunjuk rumah aku
pada masa yang sama jamuan perpisahan la kiranya

so la ni aku sorang-sorang kat pejabat
dengan ustaz mat, firdaus and omar plus shiro..miow..miow


smile sokmo









Tuesday, June 19, 2012

Serika

Assalamualaikum
aku sihat

"serika (iron) jubah dengan tudung mak sekali"
aku buat muka..mulut muncung kiri kanan
tapi dalam hati saja ja
"amboi!", perkataan amboi ditarik panjang
 "mak dulu serika baju hampa menimbun tak merungut pun..ni baru suruh serika dua lai (helai) mulut muncung-muncung"
sudah..
jangan main-main bila mak suruh buat kerja
aku pula yang tak sedap hati
rasa bersalah kot walaupun saja-saja ja buat muncung-muncung mulut tu
tapi aku serika juga baju mak

"mak kalau cek tak p takpa dak?", sambil-sambil dok serika baju terkeluar la soalan tu
aku serika baju tu nak p tengok sepupu aku yang kena langgar kat hospital
malas and ada la alasan yang aku tak mau bagi tau
"apa ni, p tengok orang sakit pun tak mau.."
 ( _ _ ) sudah..
"bla..bla..bla"
siap adik aku fakhrul pun menyampuk sama..dot..dot
keluar dalil aqli and naqli
jadi kena p juga

 

 smile sokmo

Monday, June 18, 2012

Pasaq

Assalamualaikum
aku sihat

fakhrul masuk dapur
jadi aku tanya
"hang nak p pasaq ka?", aku tanya sebab nak ikut
lagipun kelmarin fakhrul yang ajak p
tapi dalam hati macam tak sedap pulak..pasaq..pasaq..
 dua tiga kali ulang dalam hati
"haa?", tak dengar atau buat-buat tak dengar
"hang nak p pasaq dak?", aku ulang lagi
"pasaq..", dengan nada mengejek
menyambung ejekannya "orang tak guna pasaq-pasaq ni, orang guna market, pekan nat dak pun pekan sabtu atau pekan hari"
"pasaq..", tak habis lagi sambil gelak-gelak kat aku
last-last tak p pun pasaq pagi tu..
 bila tak ingat loghat kampung lagu tu la jadinya
 
 
 
 
 smile sokmo


Thursday, June 14, 2012

Nak beli kerepek?

Assalamualaikum

aku sihat

"nak beli kerepek?"
aku silap dengar ka..
ni pejabat zakat takkan kak nak beli kerepek
"nak beli kerepek", aku ulang balik soalan tu
"ha'ah beli kerepek.."
"nak jual kerepek ka?", aku tanya balik
"ha'ah adik nak beli kerepek dak?"
ok sekarang aku dah faham
rupanya kak tu jual kerepek
staff pejabat dah kenal tapi aku ni firast time la jumpa
pelik pulak aku tiba-tiba tanya nak beli kerepek dak..
macam-macam



smile sokmo

Tuesday, June 12, 2012

Menerima dan memberi

Assalamualaikum
 Aku sihat

"Pergi panggil yang kat dalam tu"
 aku terus bangun pergi panggil ina dengan wani
 "Ambik ni" sambil tangan tua berkedut menghulur duit kertas seringgit
tak cukup dengan tu kepingan syiling dikeluarkan
 "Aih tak payah la" penolakan dari ina dan wani berkali-kali
Namun, tangan tua itu tetap memaksa
Situasi yang sama aku lalui beberapa minit sebelum tu
Dan situasi yang sama berlaku setiap kali tok tua ini datang
Tak pernah lokek untuk menghulur seringgit dua kepada staff yang melayan dia
Rasa terharu menjengah hati
 Tok tua ini adalah penerima bantuan zakat bulanan
Kita sendiri tahu golongan yang macam mana boleh menerima bantuan zakat
 Dan walaupun menerima bantuan masih tetap mahu memberi kepada orang lain
"Buat amal banyak-banyak masa muda", pesan tok tua 
Tak lokek dalam segala-galanya. 
Kisah ni dah beberapa hari berlaku
Tu kisah bulan ni
Yang ni cerita bulan lepas
"Nah ambik air ni", air kotak bertukar tangan. "minum nampak haus"
Memang pun. Aku dah minum dekat nak habis sebotol air yang aku bawa tapi masih juga dahaga 
Tekak kering. Balik rumah lepas kerja hari tu aku demam
Khamis, Jumaat, Sabtu
Ahad pergi kerja pun masih dalam keadaan pening-pening 

dok kat office zakat buat aku belajar banyak benda
ada masa aku hampir menitiskan air mata
berat mata memandang berat lagi bahu yng menggalas beban



smile sokmo






Wednesday, June 6, 2012

Belated

Assalamualaikum

aku sihat
minggu ni sebelum pergi kerja aku akan tengok kalendar
ok hari ni 6/6/2012
pastu hari ni aku tergerak mulut bertanya kat tirah yang pagi-pagi dah buka laptop main game
"birthday hang bila?"
aku tanya sebab tarikh hari ni macam tarikh birthday dia
pastu dia gelak sambil menjawab
"dah lepas dah haai.."
"bila..3/6/12..?..awat hang diam ja tak bagitau?"
"malas la.."
"kalau cakap leh beli kek dengan hadiah"
perbualan aku dengan dia habis kat situ ja..

hari ni makan tengah hari kat rumah mak cik cleaner
p ramai-ramai

~ menu hari ini ~

makan
nasi puteh
sambal ayam
daging goreng ala-ala...
gulai udang dengan kacang buncis
ikan temenung goreng + ikan tamban goreng
jering + petai
sambal belacan

minum
oren ais
teh ais
kopi panas

pencuci mulut
buah limau
rokok daun untuk lelaki sahaja

sedap tak terkira la
bertambah-tambah  tapi budak laki je la
hak pompuan satu pinggan dah sengkak perut 
sembang-sembang pastu balik office

balik nanti kena singgah bank cucuk duit pastu p beli kek
dalam rancangan macam tu tapi aku hanya merancang Allah yang menentukan
ditariknya kerajinan aku..

kelmarin sepupu aku nur `atifah dirisik orang
orang perak tapi dah kenal satu sama lain
mak kata kenal sebab mengaji sekali kot..aku pun tak sure sangat
kalau diikut rancangan tipah and budak laki tu depa nak bertunang hujung tahun ni
and kahwin bulan enam tahun depan
tipah ni anak mak ndak aku
aku kan penah cerita yang mak ndak aku rumah dia dekat la dengan rumah aku
dalam 20 minit perjalanan
so mak ndak jemput la mak abah aku p kelmarin
fakhrul pun ikut sekali la sebab dia yang drive
pastu masa mak aku sampai sana rombongan dah pun ada
jadi bila abah aku duduk je terus depa berbalas pantun sambil menyua cincin dekat abah aku
mau tak tercengang abah aku sebab cuma dimaklumkan datang untuk merisik
pastu depa pun bagi tau yang adat depa memang macam tu
cincin merisik 
pastu cincin tunang
and lastly cincin kahwin
pastu kalau nak bagi lagi ikut suka hampa la
last2 adik aku si fakhrul yang bercakap
"eloknya cepat-cepat kahwin"
tak tau la aku ayat fakhrul tu macam mana sepanjang mana tapi maksudnya macam tu la
tapi apa kesudahannya...


aku nak beli kamera



smile sokmo










Tuesday, May 29, 2012

Melalut

Assalamualaikum. Aku sihat. Jiwa aku tenteram. Otak aku berpusing bukan kerana pening tapi sedang memikir. Mulut diam. Tangan menaip dari satu huruf ke satu huruf membentuk perkataan yang tersusun menjadi ayat yang dapat difahami oleh manusia yang membaca. Telinga bejaga-jaga dengan bunyi pintu ditolak menandakan kehadiran orang ke pejabat. Mereka perlu dilayan. Jam berdetik berpusing menuju ke pukul lima petang. Waktu balik bakal tiba. Setiap hari pun begitu. Namun, pukul lima di muka jam bukan di muka mesin punch card. Aaah..keluhku panjang. Ini beerti aku balik lewat 15 minit. Itulah rutin harian aku di sini. Dari mula hingga akhir. Dan masa itu tetap akan tiba dan berlalu begitu saja tanpa aku mengisinya dengan sesuatu yang berfaedah kepada aku. Aku sekarang sedang melalut. Senyum sumbing terlukis di tubir bibir. Hati berkata "aku nak balik" dengan nada bosan darjah kedua. 


smile sokmo

Tuesday, May 22, 2012

Blackout

Assalamualaikum

aku sihat 
minggu ni tiap-tiap pagi sebelum pergi office aku akan singgah bilik depan tengok hilman dulu
cium-cium baru start motor
takda cerita untuk hari ni


kita imbau hari-hari yang lepas 
sebelum tu aku nak bubuh gambar dulu
bila belek-belek gambar ooo teringat ada cerita lagi nak diceritain..

 ni wafa
dok tolong pak lang dia bersihkan batang tebu untuk buat air
dia guna apa ntah benda yang pecah kat sebelah dia tu..nampakkan?

 mula-mula aku just tengok dari dalam rumah je
pastu aku pun joint sekali
macam best pulak

 dengan berbaju kurung pulak tu..
rasanya dia ni baru balik dari kenduri
pastu bila tengok pak lang dia sibuk dok buat kerja dia pun buat sibuk sekali

 sampai bersila lah
khusyuk je..

oit..rajin nyer anak dara sorang ni
leh wat menantu..


ni pulak gambar-gambar aku bawa wafi and wafi and kadang-kadang wafa sorang pergi lepak kat tepi jalan kampung aku
 atas motor ambil gambar dulu sebelum turun
kadang -kadang tu just berhenti tak turun motor pun

 mata mengantuk
ni wafa baru bangun tidur
aku angkut bawa naik motor


 jelas mata baru bangun tidur

 dah dok tepi jalan ni kerjanya kutip batu baling
pastu cabut rumbut and lalang meliar kat tepi-tepi jalan tu
takda kerja nama pun

 apa tengok-tengok

 matahari nak balik rumah dah

kali ni aku bawa wafa and wafi
kalau naik motor masa pergi wafa dok belakang wafi dok dalam raga
masa balik wafa dok depan and wafi balik dengan abah dia
kadang-kadang tu abah dia balik dari tengok rumah baru depa ikut jalan ni so dia angkut la anak dia

 "senja di kampungku"
macam tajuk karangan pulak 

 jalan kampung..

 hai dah nak balik ker..?

"dok tepi..motorrrrr.." aku menjerit sakan
diorang relaks je pastu dan lagi lari mai kat aku
hai memang..


ni lak..


pejabat zakat blackout..




smile sokmo

Wednesday, May 16, 2012

Muhammad Hilman

Assalamualaikum

aku sihat
dan agak kelaparan sekarang 
tak lunch lagi
bebudak pejabat on the way beli makan..aku pesan je


dah bacakan tajuk cerita kali ni..
haa..tu la nama anak buah baru aku
Muhammad Hilman
lain dari akak and abang dia..wafa and wafi
ni la dia Hilman


 
keja dia tidur je


muka tak puas hati
sebab kacau dia tidur

 sampai ternganga-nganga mulut tu


semalam dia takda kat rumah
sebab rumah aku takda elektrik
mak aku suruh kak aku p rumah mak mertua dia
dekat je pun..10 minit perjalanan
hari ni tak tau la depa balik ke dak
malam tadi pun blackout juga
mak aku siap pesan beli lilin takut jadi lagi
tapi bila aku balik dari office tengok elektrik dah ada
cuma buka lampu..lampu tu kelip-kelip nak mampus


kelmarin masa aku balik dari office time tu hujan
dah dekat nak masuk jalan kampung aku rasa motor aku pelik sikit
so aku berhenti tepi jalan
tengok-tengok tayar depan motor aku pancit
dah pagi tadi aku kena mai kerja dengan motor adik aku
dia tolong p perbetul tayar pastu dia hantar motor kat aku and dia ambik motor dia 
tukar motor sebab dia nak balik alor setar


ni petang-petang kat rumah aku
bila bilal and khadijah mai rumah
melayan budak-budak ni 
 tengok tak kelip

 ajar buat peace

 tapi jadi apa ntah

 peace and feace

 apa la yang dibisikan tu..

 susah betul nak bagi tiga-tiga tengok kamera
nasib dapat juga..

bilal..wafa..wafi


 wafi tu susah betul nak tengok kamera

 apa la yang wafa dok kecek



 sweet khadijah..

 smile sokmo..


 gigi empat batang

 ajar khadijah peace  pulak..



 aceh..ceh..seronok sangat tu

 ni aku sumbat budak-budak ni dalam van abah aku

 van ni la abah aku bawa p pasar jual ulam..pisang la segala macam hasil dari belakang rumah








 tunjuk apa tu bilal




gigi hongak







 mata bulat








..cerita jadi kenangan untuk aku dan depa..




smile sokmo