Thursday, January 19, 2012

Blur

Assalamualaikum

malam gelap
lagu adira and hafiz berkumandang
kipas berpusing ligat

satu paper dah habis
underwriting
lusa lak satu paper lagi
tadqiq or audid
last paper

tadi ada kelas ulangkaji tadqiq
dengan en. ahmad
"dayah apa nama penuh en. ahmad ni?"
dayah selak-selak note dia
"en. ahmad bin zainal abidin"
"tu je ke namanya?" 
simple la
first time belajar gan dia
sebelum ni ada dia masuk kuliah
tapi aku ponteng sebab terpaksa siapkan assigment 
dari malam ke petang buat assigment tu
bila dia mula kelas...
poppopopop..
laju je 
bahasa ibunda lain ni bahasa orang puteh
mau kelam kabut aku menyalin..
last-last
aku blur
blur
blur je
sedih..takut..risau.."apa ni?"..aku macam tak tau apa-apa
orang lain bila en ahmad tanya semua leh jawab
aku..
aaaa..aaa..aaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
sedihnya

tapi sekarang aku dah ok
dah dapat note
leh la baca esok



dah lama habis
lagu adira dan hafiz 




smile sokmo

Tuesday, January 17, 2012

Panas

Assalamualaikum

malam yang indah
tuk study
tadi dah lepas satu paper
tinggal lagi 2 paper
esok and Jumaat
underwriting and tadqiq

kepala lebih kurang pening sikit tak sangat
badan lak panas sikit tak demam
petang tadi nak tido pun tak lepas
baring..berangan tak lelap-lelap
dua tiga kali terjaga
basuh muka 
tuk kurangkan panas
pastu ada lak yang buat bising
bila pergi tepi tingkap rupa-rupanya bas yang mengaum
kalau sedap takpa la juga
aku..
"tak faham bahasa ke..petang-petang ni orang nak tido la..mmbising je.."
dengan suara terkepit di kerongkong je
sah-sah la pak cik bas tu tak dengar
aku kat tingkat lapan menjerit kat dia kat dalam bas yang tertutup tingkap
bas..
"ngaumngaum...ngaum"
pastu belah
ingat ke leh sambung tido
panas 
last-last bangun ambik tuala masuk bilik air mandi sepuas-puasnya
lega sikit
.....





smile sokmo

Sunday, January 15, 2012

Belajar

Assalamualaikum

tau tak..
aku study pagi hari ni
kalau tak malam je aku study
ish..ish..ish
tapi tu pun kejap je
mula kul 10 lebih habis dekat-dekat kul 12
haha..
kejap je pun tapi ok la dapat gak input-input berguna tuk jawab peksa
sebelum tu aku call mak
maklumkan yang aku balik lambat kot
21/01/2012
lambat sehari je
pastu Insyaallah datang balik hari khamis
26/01/2012
pasal nak pergi dinner last untuk 4th year students fem
kalau takda aral melintang aku mungkin pergi johor kot
kenduri kahwin kat rumah pikah
jauh nak pergi
masa bagi tau mak
mak kata 
"ikut la hang"
"tapi jangan sampai lepas tarikh nak masuk LI sudah"
tapi aku rasa mak macam tak berapa nak bagi
nanti la bila sampai rumah aku tanya lain
face to face lagi senang 
la ni sambil mengupdate blog sambil sarapan
minum milo plus roti 
sorang -sorang
tanpa teman
petang nanti may be pergi nilai square
dayah nak beli bantal busuk
hehe..
bila pikir-pikir leh la aku beli hadiah untuk tirah
sempena PMR dia yang lepas punya gempak result
dia dapat 7A 2B
B tu KHB and BI
kalah aku
tapi dia tak mau masuk kelas akaun 
katanya susah

mak aku cakap
pastu mak aku terus tanya soalan cepu tak berapa nak mas sangat
"hang cakap kat dia ka yang dok kelas akaun tu susah?"
terkelu di situ
aku lak
"mana ada"

aku pun bukannya ingat kalau ada tercakap macam tu
entah mungkin ada mungkin takda
aku dulu masuk kelas akaun sebab bila dah masuk kelas tu tak gaduh risau kena turun kelas
kalau masuk kelas ekonomi kena usaha lebih la nak maintain dalam kelas yang bagus
betapa sempitnya pemikiran aku kan?
bila dah belajar baru tau betapa terkedek-kedeknya aku
belajar akaun plus math tambahan
habis ting 5 aku sambung kat kolej
in accounting
sekali lagi aku jumpa subjek-subjek yang seram ni 
(seram kat aku je)
aku tak dapat bawa
result akhir agak teruk
masuk U
ada lagi subjek ni 
1 2 subjek yang belajar benda yang sama macam yang aku belajar dalam akaun
haaaaa..ha
(mengeluh berat)
tapi
ceritanya jadi lain sikit
walaupun aku seram tapi aku still leh buat dengan jayanya
mungkin sebab dah 2 3 tahun belajar benda yang sama cuma berbeza cikgunya je
plus kawan-kawan yang banyak membantu
and
semua tu Allah yang bagi

boleh dikatakan aku banyak belajar kat USIM ni
terutama dengan magnificent_6


 masa aku habiskan banyak dengan diorang
..and..


aku tak tau apa yang aku akan lalui bila dah habis belajar nanti
tanpa diorang 
mau sedih kot
membayangkan beberapa hari je lagi nak sampai hari terakhir kitorang sama-sama kat sini
sapa yang akan nangis dulu..teresak-esak..peluk bahu
mata merah hidung berhingus
sob..sob..sob
ya and yes
lepas ni still leh contact and jumpa
but it's not the same 

kuatkan hati ini
tabahkan hati kita
bertemu berpisah adat dunia
kerana Allah lebih utama
sedih gembira semua rasa
jadi kenangan sepanjang masa
suci hati suci jiwa
semoga ada keberkatan 
ukhwah fillah 
keakhirnya






smile sokmo






Saturday, January 14, 2012

Sorang diri

Assalamualaikum

salam sejahtera
malam ni aku keseorangan kat bilik
roomate aku feeza pergi kenduri rumah paksu dia
esok baru balik
and kalau dah keseorangan ni aku takda pemanas untuk aku merajinkan diri belajar
it's true
aku perlu ada orang lain yang buka buku baru aku buka buku juga
i'm the lazy one
sorang2 buat kerja tak berfaedah la jawabnya
padahal hari selasa, rabu, and jumaat ada paper
 why tiqah, why?
hehe..
masa sebelum peksa hari tu 
bila tepon mak mak selalu ingatkan
"study..study..study"
"bagi dapat 4.00 ka"

tak penah nak dapat 4
bercita-cita je usahanya hampeh..
sorry mak 
anak mak ni agak pemalas 
rajinnya pada benda yang kurang berfaedah je
kadang-kadang membandingkan diri dengan anak-anak yang lain
dan aku kata pada diri 
ini aku
aku bukan diorang
so jadi diri aku
pastu pikir lak
takan selamanya semuanya nak ikut kata hati kata diri je
tak peduli rasa hati orang lain kan
especially mak
sedikit sebanyak ada benda yang perlu aku timbangkan beraraskan orang lain punya kesukaan dan pilihan
terutama my mak
cam contoh
tempat nak buat praktikal 
aku dapat kat pendang sebab utama mak
contoh tak ikut tak pikir orang lain
belajar kat USIM ni la
aku tak pikir pun masa isi UPU
pada aku aku nak belajar jauh
sebab aku teringin and suka je tengok budak-budak kolej aku balik jauh-jauh naik bas
and aku lak just ambik masa 2jam je untuk sampai rumah
sebab tu masa isi UPU aku pilih tempat yang jauh sampaikan ke tengganu sana
bila cakap kat mak 
mak bising
bila dah melaluinya baru aku tahu susah senangnya semua tu
rasakan cik tiqah
haha..
(gelak jahat pada diri sendiri)
4 tahun ulang alik balik kedah
betapa penat lelahnya
bila takda family leh tolong datang ambik barang time sem akhir ni
betapa sengsaranya
tapi
ada tapinya
tapi 
semua tu 
Allah yang tentukan
Allah yang tetapkan
aku terima
kalau tak terima agaknya tak sampai 4 tahun aku kat USIM ni
Allah takdirkan aku bertemu dengan kengkawan kat sini
feeza..dayah..pikah..wana..dayu...
and yang lain-lain
Allah nak aku belajar untuk jadi budak yang berani and independent
tak duduk bawah ketiak mak je
Allah nak aku kenal tempat orang..Nilai..Johor..sana..sini
AllahuAkhbar
aku buta nikmat la kalau aku tak bersyukur atas segalanya
...................................................................................................
Thank you Allah 
Thank you Allah
Thank you Allah







smile sokmo









Friday, January 13, 2012

Tak study

Assalamualaikum

aku sihat 
tapi aku tak study..

to 
wana 
jaga diri baik-baik
jangan sakit-sakit
heppy-heppy

sembang gan feeza and dayah yang bertandang ke rumah
makan
pastu sembang masa depan
hari ni second day exam
paper Fiqh Muamalat 2
kul 9 pagi tadi
tinggal lagi 3 paper
balik makan sambil layan cerita doremon
information baru 
aku dah dapat tempat untuk LI
kat Pendang
tempat yang mula-mulanya aku tak mau
last-last mohon gak
yang aku tak mau la yang nak ambik aku
pasni naik motor la aku pergi tempat praktikal

tinggal lagi beberapa hari je
 aku akan menginap kat Nilai ni
pastu dah jarang-jarang balik sini
cuma time tuk present report LI
and grad je
aku tak tau la macam mana rasanya nanti
time belajar and time bekerja
dah la memasing jauh je
nak jumpa pun tak selalu
tapi aku akan pastikan time korang bertunang or nikah or kenduri aku ada
aku must be there to share the changes moment in your life
especially magnificent_6

jangan sedih-sedih 
sebab kita berpisah and bertemu kerana Allah
moga ada kebaikan dan hikmah disebalik perhubungan kita







smile sokmo

Saturday, January 7, 2012

Menunggu

Assalamualaikum

hope sihat sesiapa yang baca entry ni
aku pun sihat juga
entry kali ni bertajuk MENUNGGU
apa yang aku tunggu?
mesti la hari-hari peperiksaan yang akan tiba beberapa hari je lagi
pastu menunggu balasan surat dari company yang aku mintak tuk buat LI
LI for latihan industri
menunggu bakal dapat anak buah baru dalam bulan 4 or 5 nanti
(bertambah lagi sorang menjadi 5 orang)
menunggu, menunggu, dan terus menunggu

baru-baru ni (tak la berapa baru)
kitaorang selebrate belated birthday pikah, dayah and wana
kat DN
ada kek ada kopok ada hadiah and ada tepung
tepung???
ni si feeza la ni nak tepung sangat
ad lak sorang guy ni bawa tepung 
dah sume mandi tepung
kek pun bertambah decoration tepung
gan aku aku sekali mandi bershower kan tepung 
nasib badan
kat tempat awam lak tu
berlari berkejaran diorang last-last sembunyi belakang aku
babtu gan aku sekali kena 
heheh
dah penat lari-lari makan kek pulak
pastu ucapan birthday girls
dah kenyang lepak-lepak 
leh lak mengimbau kenangan lalu
kenangan time menangis lak tu
yang aku ingat
dayu nangis pasal bas..
pak cik asyik lambat + tak berhenti bila tahan lak tu + muka tak mau senyum
feeza nangis sorang-sorang dalam bilik
aku nangis masa balik dari masjid india 
muka masa tu ketat je
hahah
sume tak tau pasal apa aku nangis
tapi tak yah tau la pasal apa
tak penting pun
heheh

tu yang putih tu tepung la tu
yang memasing pegang tu dalamnya ada gambar kitaorang 
magnificennt_6






eem..
...agaknya bila kita akan lalui masa camni lagi...


apa-apa pun





smile sokmo

Thursday, January 5, 2012

Peperiksaan

Assalamualaikum

aku still sihat kat bumi Nilai ni
bakal memulakan minggu peperiksaan on 11/1/2012 ni
first paper bagi aku
sedangkan ada budak-budak lain yang dah paper ke 3 ke 4 kot
lima paper last date on 20/1/2012
and tak tahu lagi macam mana nak balik
pasal ni last sem aku kat sini
and aku kena angkut balik segala barang-barang aku ke Kedah
mau penuh bas dengan barang aku je
heheh..
nak suruh orang ambik pun takda orang yang nak dusuruh
masing-masing ada kerja
last-last kena tumpangkan segala barang tu kat rumah sedara dulu kot  
tak kisah la
pasni jarang la aku balik Nilai
ye la dah nak buat praktikal
tempat belum tentu lagi
sampai hari ni aku still mencari
pening kepala pikir mana nak prak..
but my mak nak sangat-sangat anak dia yang sorang ni buat prak kat Pendang
senang tak gadoh nak sewa rumah katanya
Insyaallah dapat kot mak
apa-apa pun i'm still trying the best in anything i do
smile sokmo should do
friends beside is dabidabedo..



smile sokmo