Friday, April 15, 2011

Sakit

Assalamualaikum

agak lama tak update blog
takda kekuatan
hari ni pun gagah kan diri mengupdate
tajuk post kali ni pasal sakit
aku kah yang sakit?
atau kamu kah yang sakit?
sah-sah la tuan empunya blog yang sakit
panjang perjalanan sakit aku
dari minggu lepas sampai ke hari ni
belum sembuh sepenuhnya lagi

macam mana kisah sakit aku bermula
7/4/2011
khamis..kelas habis pukul 3.kitaorang terus bekejar tunggu bas nak balik hostel. 
tapi bas takda yang terus ke hostel jadi kitaorang terpaksa naik bas yang dapat berhentikan kitaorang paling dekat dengan hostel..jalan kaki selama 10 minit
sampai hostel solat zuhur..aku terus mandi sebab dah nak masuk waktu azar
mandi..solat..tengok cerita..tidur..
pukul 7 bangun dengan kepala yang pusing + berat + badan panas
tapi agenda malam tu nak pergi fun fair mesti diteruskan
dalam keadaan badan yang tak sihat aku gagahkan diri gak 
dalam hati doa semoga aku tak sakit teruk esoknya
nak tidur malam tu seksa gila
pening toksah cakap
aku masih belum bagi tau sesiapa yang aku tak sihat

8/4/2011
Jumaat 
ada satu kelas
malas nak pergi tapi sebab kelas last aku gagahkan diri gak untuk pergi
dah la kena menapak naik sampai tingkat 3
habis kelas nak terus balik je baring tidur..itu je yang rasa sedap sangat 
masa on the way balik tu la magnificent_6 tahu aku demam
budak jarang sakit sekali sakit..
tak telefon mak

9/4/2011
Sabtu
feeza and dayu teman pergi klinik
first time aku kat Nilai ni jadi pesakit
selalunya aku teman orang yang sakit
doktor cakap kalau tak ok juga hari Isnin ambik darah

Isnin
sorang-sorang pergi klinik
ambik darah
3 kali cucuk baru jumpa
first time aku bagi darah aku free kat doktor tu
sakit gak..huhu
adik-adik aku bising

Selasa
ada bintik-bintik merah naik kat tangan aku
pastu kat kaki and badan

Khamis
sekali lagi aku kena ambik darah
disyaki denggi
darah aku tak berapa betul
pekat..doktor faham la 
"esok awak datang ambik darah and saya nak darah awak bawah 40(kepekatan)"
aku pun bukan la faham sangat

Jumaat 
sekali lagi kena ambik darah
untuk pastikan yang darah aku dah ok
and darah aku ok

sepanjang minggu ni dua tiga kali gak aku telefon mak
bila mak tau aku tak sihat mak lak yang telefon aku
pastu aku bukan boleh
cakap gan mak je nangis
yela sedih dah la duduk jauh 
yang dok jaga aku kengkawan magnificent_6
thanks korang
belikan itu ini
paksa aku makan ubat
dah la aku ni jenis yang agak malas makan ubat
penat la korang kalau jadi nurse aku

sok korang dah tak payah risau
sebab sok aku balik Kedah sorang-sorang
dah bagi tau mak pun
mak kata ok hati-hati
apa-apa call
harap-harap sok ada la tiket underspot

cepat-cepat sembuh
( .^ ^,)
        

Tuesday, April 5, 2011

Ingat balik

Assalamualaikum
assigment credit dah berhantar
mid-term takaful pun dah lepas
yang ada lagi dua presentation..islamic banking dengan company law
kerja dengan GENG belum langsai
lagi dua hari due date
apa GENG tu?
lebih kurang plus mines kelab la
under SPMM or dalam bahasa panjang Seketeriat Pendakwah Muda Malaysia
diorang nak mencungkil bakat budak-budak yang boleh melukis komik
tapi ada je yamg tak pandai melukis macam aku ni
menyibuk je nak joint sekali
first meeting dah di bagi tugasan 
tu la tugasan yang aku tak siapkan lagi tu
tak tau nak buat apa 
tambah lagi dengan tak pandai nak melukis
dok ingat malam ni nak habiskan kerja melukis ni tapi dah tersangkut pulak dengan blog
kejap lagi la..Insyaallah

hari ni first day muet speaking
so aku ucapkan selamat berspeaking kat sesiapa yang akan melalui hari speaking
buat betul-betul terutama buat budak-budak magnificent_6


aku ambik gambar ni masa nak tunggu sesi ke dua writing paper
semua dok concentrate je 
buat betul-betul tau korang
dapatkan band 4 terus
kalahkan aku
cyok..cyok..fighting ( .^ ^,)

benda yang aku tak leh lupa masa ni
aku datang lambat
jadi masa masuk dewan periksa tu aku dok confuse kat mana la tempat duduk aku
pusing depan belakang cari tempat
orang lain tengok aku pelik
aku pulak dah cuakje
last-last aku keluar pergi tengok carta susunan meja kat luar dewan
betul la aku tengok tapi aku tetap tak jumpa
nasib la ada akak ni yang satu group speaking dengan aku gapai-gapai tangan dia kat aku
kalau tak sampai ke sudah aku tak ambik paper reading
and tak past muet
aku tak jumpa tempat sebab no giliran aku agak jauh dari kengkawan aku
kat belakang nun jauh aku terdampar
bila pikir balik memang la bukan salah aku
sebab susunan meja dengan susunan atas carta tu yang boleh mengconfiuskan orang
peliknya orang lain tak pulak nak tersilap ke apa
macam mana aku boleh terconfius
agaknya sebab aku kelam kabut sangat la tu

do the best
( .^ ^,)

bye..bye


Sunday, April 3, 2011

Cerita

Assalamualaikum
dikira-kira dalam 15 hari aku tak update blog
ni pun bukan ada idea sangat
kena siapkan satu assigment lagi
credit management
esok hantar
permulaan di masa-masa tambahan la kiranya ni
tak penahnya nak buat awal-awal

minggu lepas yang sesak
dengan assigment quiz mid-term itu ini 
aku cuma mampu berdoa semoga hari-hari itu berlalu cepat
dan walaupun sesak aku tetap mampu tidur makan dengan cukupnya
benda-benda wajib tu jangan cakap memang kena buat
aktiviti makan malam pun dikurangkan
gara-gara nak siapkan assigment 
meggi jadi santapan bila lapar sangat
kesian..huhu

apa aku nak cerita 
tak pandai pulak nak bercerita
tapi aku nak bercerita juga
sekarang ni aku bergantung sepenuhnya pada abah aku punya alaun
duit tiap-tiap bulan abah aku yang masukkan
nak harapkan ptptn
dah habis beberapa ratus hari lalu
pastu disebabkan banyak barang keperluan yang aku beli
duit aku pun tinggal ciput sedut je
jadi aku cari jalan tuk dapatkan duit secara senang
cerita dia macam ni
....
beberapa hari lepas aku on la fb aku
and tetiba aku terperasan adik aku pun on juga
jadi aku interrupt la
....
perbualan aku dan dia:

aku: salam
dia: w'salam
aku: hang sibuk dak beberapa hari ni?
dia: kenapa?
aku: nak minta tolong sikit?
dia: leh kalau tak malu
selepas beberapa saat berfikir..
aku: dengan tak malu and beraninya aku nak minta tolong hang ni
pinjam duit sikit. tapi jangan tanya kenapa aku tak minta kat mak
dia: kalau aku tanya nak buat apa?
aku: ....aku tengah sesak. leh dak?
tiada balasan untuk beberapa minit
jadi aku ambik keputusan keluar jap pergi rumah dayu hantar assgment
aku tinggal kan dia kat situ
bila aku balik..
dia: leh berapa? bank apa? berapa no bank hang?
aku: rm.. no pin..
dia: bila nak?
aku: kalau dalam minggu ni...
dia dah off line
aku belum sempat nak say thank you arigato gozaimas and belajaq rajin-rajin kat dia
dia dah off line
memang la
aku lak yang termalu sebenarnya
tapi malu tu aku letak tepi kejap 
lepas dapat duit ambik balik malu tu
aku berkira-kira kalau tak dapat dari dia maybe kak ena la yang aku cari
tapi dah ditakdirkan aku dapat contact adik aku dulu
tak tau la dia dah masukkan belum

mak aku ada tanya kat sini aku makan dalam berapa ringgit
aku cakap la dalam rm3 ke 4
mak aku gelak je
kalau kat kedah rm2 pun dah kenyang
memang la mak 
kedah and nilai 
nak bandingkan tak payah kot
huhu
satu benda lagi nak kena cerita 
tapi aku nak tanya korang dulu
kalau ada orang tanya korang pasal soal hati perasaan cintan cintun
terima and tak
apa nasihat korang nak bagi
nak kata tak payah..tak perlu..terima je..depend
aku rasa kalau jawab depend tu buat pening orang yang bertanya tu
penat la sikit dia nak pikir
and aku la yang selalu bagi jawapan yang macam tu..depend
aku nak bagi jawapan yang tepat aku takda pengalamn
dan jawapan aku semestinya buat orang yang bertanya sedih sikit kot
cuma ni pendapat aku
dari beberapa pemerhatian aku
lebih manis kalau bercinta lepas kahwin
cinta selain dari ayat kat atas tu manisnya sementara je la kot
tapi nanti ada lak orang yang rajin bertanya 
yang bercerai tu macam mana pulak?
dah habis ke manisnya?
tak tau la pulak manis habis ke terlebih ke
aku tak cakap aku suka ke tak
tapi dalam hati aku aku kata jangan
mulut je kata depend
kalau korang bercinta jaga diri korang baik-baik
pikir selalu bagus ke aku bercinta 
dari awal-awal lagi kena pikir
sebab bercinta ni banyak risikonya
korang kena pikir banyak-banyak and masak-masak
ni cuma pandangan and pendapat aku je

apa-apa pun
ingat Allah
 heppy2 slalu
senyum sokmo