Tuesday, September 27, 2011

Cerita cuti 3

Assalamualaikum

hope sihat
aku pun in good condition

masih ada banyak cerita cuti yang belum aku cerita kat sini
kali ni aku sambung cerita pasal mak aku masa muda2 dulu
masa dia di usia remaja
bila aku dengar cerita mak aku ni rasa macam wow! 
mak aku ke ni..?..
mak aku ni anak ke 3 dari 8 beradik dan dia anak perempuan sulung
jadi faham2 je la bila jadi anak perempuan sulung ni
banyak kerja nak kena buat
tambah2 dulu2 mana ada kemudahan macam sekarang
itu kena buat ini pun kena buat
tolong orang tua
kalau nak dibandingkan dengan anak zaman sekarang jauh beza
yang tak reti masak tu belambak
kalau aku lambat sikit bangun mak aku mula la berleter

"mak dulu pagi2 dah bangun buat sarapan..balik sekolah kena masak nasi pulak..tok tinggal je biar mak buat semua..tapi hampa...tu mak nak kena suruh ni nak kena suruh"

aku anak zaman sekarang jadi tahap kemalasan dia banyak sikit and lambat je kalau nak kena buat kerja
berkali2 mak suruh baru buat
jahatnya..
bila dah asyik kena buat kerja mak aku stress la jadinya
 time dulu2 orang2 tua ni strict sikit
jadi mak aku ni nak itu tak boleh nak buat ini pun tak boleh
kalau nak main2 kena sembunyi2 sikit
kalau tak mesti kena tegur
pulak tu bapa2 saudara mak aku ni garang2 orangnya
dia tak dapat nak luahkan rasa kepenatan dan ketensionan tu dengan bermain
bila orang tak bagi buat itu ini..
mak aku dengan selambanya panjat pokok pinang
korang kenalkan pokok pinang?
pastu duduk kat atas tu
pokok pinang tu dah la tinggi lebih dari atap rumah tok aku
rumah orang dulu kat Kedah ni selalunya dibuat tinggi 
kira macam dua tingkat
bayangkan la....
aku paling tinggi pun panjat pokok pelam je
tu pun takut2 and masa kecik2 je
mak aku cerita lagi..
dulu2
masa dia dah dapat adik(kembar)
mak ndak and mak teh aku
dia kena gendong sorang pastu tok aku gendong sorang
lalu kot batas2 sawah nak pergi mana ntah la
mak aku time tu tak la besar mana jadi mesti la penat
tapi tok aku laju je jalan tinggal mak aku kat belakang
time dulu2 anak2 ni jarang nak merunggut depan2
diorang lebih kepada patuh
bila dengar cerita mak aku ni tak tau nak cakap macam mana
cuma aku harap mak lebih gembira sekarang

anak2 ni banyak menyusahkan
terutamanya aku
selalu buat mak sedih and tak senan hati

 mari kita ingat sama2

money or gold can't be used to pay their kesusahan
hanya kasih sayang yang tak berbelah bahagi pada diorang yang lebih utama
plus doa
bahagiakan diorang sebelum sepasang mata itu terpejam
bukan seminit dua or sejam dua
tapi pejam untuk selama2nya

Friday, September 23, 2011

Khadijah

Assalamualaikum

just rajin and takda keja dah nak buat
so mengupdate la apa2 yang boleh
aku nak cerita pasal
anak sedara ke empat aku
nama dia Khadijah

 
masa baru lahir
 ni first time aku jumpa dia lepas dia lahir
sebelum tu aku just tengok gambar je
aku balik pun sebab demam
kalau tak lambat lagi la baru aku dapat jumpa dengan dia

 anak kedua abang sulung aku
adik Bilal

 sedapnya tido
mimpi yang indah2 ye..(* .  . ,)

 dah pandai meniarap
tak lama lagi boleh merangkak pulak
pastu berjalan
pastu dah besar

 comelnya pakai tudung
(time hari raya 2011)

 
sapa yang pegang Khadijah tu?
still dalam mood raya

 
mak ngah yana(kak ena) Khadijah selalu puji kata Khadijah comel
memang pun
mata bulat..mulut kecik tu 
boleh je menawan kumbang2 

sembang apa dengan pak teh?
khusyuk je 
sampai teleng2 kepala


 
bye..bye

Cerita cuti 2


Assalamualaikum

Sihat?
aku harap semua orang yang baca blog aku pun sihat macam aku
takda sedih2 

Ramadhan tahun ni Alhamdulillah sebulan kat rumah + Syawal 2 minggu
aktiviti harian berjalan macam biasa tapi mula lambat sikit
gara2 tidur lepas subuh
rutin bulan posa ni tengok ketuk2 ramadhan
jejak rasul..syahadah..
jadi untuk tengok semua tu aku akan masuk dapur seawal 5.30pm
masak untuk berbuka dengan sahur sekali
tak gaduh2 nak bangun awal pagi
kalau adik-beradik aku balik kitaorang masak untuk berbuka
tapi kalau just aku+ mak +abah + family kak ena = beli je la kat bazaar
pastu favorite aku bila buka posa ni tak lain tak bukan laksam
perghhhh..teringat
kat Nilai ni dah la susah nak cari
aku sembahyang tarawih kat rumah je
berjemaah dengan mak aku
aku la yang kena jadi imamnya
tapi bila adik aku fakhrurrazi balik dia la yang jadi imam

biasa dah dekat nak raya mula la sibuk
aktiviti mengemas rumah perlu dijalankan
tahun ni aku banyak ambik port kemas2 rumah je
mak aku buat rendang ayam dengan serunding ikan bilis plus kuah kacang
yang dok kacau semua tu mak aku dengan abang sulung je
kak2 aku pulak sibuk dengan ketupat and nasi impit
kuih raya semua beli
kak aku buat kek coklat sebiji
tapi tu pun tak habis 
berkulat
 abang aku yang irsyad malam raya baru sampai dari Kelantan
yang abang ihsan lak sibuk menjual kopiah and segala macam kat Pekan Rabu, Alor Setar(AS)
seminggu dia tolong kawan dia berniaga
keluar rumah kul 8am lebih balik kul 2am lebih
nasib la Pendang ke AS tu ada highway
hari raya lain pulak
pagi raya baru sampai rumah
kelam-kabut terkejar nak ke surau sembahyang raya
lepas habis sembahyang raya melantak tidur sampai ke tengah hari
adik aku athirah siap cakap lagi nak pergi beraya dengan kawan2 dia hari raya pertama
masa mak aku pergi ambik dia kat asrama
tapi mak and abang sulung aku tak bagi
lesen pun takda ada hati nak naik motor
jadi untuk ambik hati dia abang aku bagi dia duit raya
selamat aku tak kena layan tetamu sorang2
raya tahun ni tak pergi kubur pun sebab dah lewat
kononnya nak pergi ziarah tu sebelum raya last2 sampai dah nak habis syawal pun tak pergi lagi
rutin biasa pergi ziarah sedara-mara belah mak and abah berjalan lancar
pergi rumah terbuka
makan kuih raya and segala macam benda
yang tak berapa bestnya raya tahun ni sekejap sangat rasanya
aku memang raya dua minggu 
tapi kalau dah pakat semua pergi sekolah dah takda sapa kat rumah tu

banyak benda yang berlaku sepanjang cuti
dari itu ke ini
dari satu ke dua
dari banyak ke sikit
dari hidup ke mati
cerita pasal mati kadang2 abah aku tiap2 hari kena pergi baca talkin
sepupu abah aku imam masjid jadi dia minta la abah aku untuk tolong baca talkin
bila ada orang call bagi tau mula la abah aku menelaah bacaan talkin
orang cakap perhangat balik
pastu kalau kat Kedah(kawasan aku) ni bila orang baca talkin diorang bagi sumbagan sikit
yang selalu abah aku dapat macam pinggan..kopi..
pinggan tu banyak2 masuk almari je
ada cerita antara abah aku and sepupu dia tu
diorang mempunyai nama yang sama
Ismail b Ahmad
isteri masing2 adalah sepupu dan diorang sendiri sepupu
adik aku si tirah minat dengan anak dia yang satu sekolah
tapi sekarang dah tak pasal budak tu dah pindah sekolah
ooopppsss..
terbagi tau la pulak
sorry tirah
jangan marah

bye..


Thursday, September 22, 2011

Cerita cuti 1

Assalamualaikum

Happy2 sokmo..bahagia..aku harap
Hari tu aku dah cerita sikit aktiviti2 aku masa kat rumah..jadi nak sambung sikit
cerita raya pun belum aku cerita kan?

Satu hari tu(tak ingat tarikh) mak ndak aku mai rumah
pastu dia tanya aku nak pergi berjalan dak..
pergi mana?..pergi Putrajaya(time tu ada flora exhibition)..Nilai 3..and then naik Cameron highland..
2 hari 1 malam
Mula2 sepatutnya 4 orang yang pergi tapi last2 aku dengan mak ndak aku je
Mak aku lak tak mau pergi..banyak kali juga aku dok ajak tapi banyak juga la alasan yang dia bagi
Time tu hanset aku masih dok kat kedai(rosak)..jadi aku pergi sana tanpa alat yang memang penting juga tu

Bertolak malam dari Kedah jadi esoknya kitaorang pergi berjalan kat Putrajaya dulu
lepas tengok exhibition baru gerak pi Nilai 3..
memandangkan Nilai 3 ni banyak menjual karpet la kain la and ada la beberapa banyak benda lagi..
sapa pun tak boleh melepaskan peluang untuk membeli..membeli..membeli..baru memblahkan diri
banyak juga yang dibeli diaorang tapi aku turun dari bas kosong naik bas pun kosong
duit yang aku bawa masih selamat..bagus
bila semua dah puas hati dengan hasil membeli baru kitaorang gerak balik ke Putrajaya..
lunch and then gerak naik ke Cameron
sebelum tu singgah buat jama’ taakhir kat hentian Tapah
tepat kul 7 pm baru kitaorang gerak..agak lambat..
on the way naik tu kira dah gelap and suasana lebih seram plus jalan yang tak berapa elok
kul 8pm lebih sampai..
tapi sebelum check-in hostel kitaorang pergi pasar malam
dikatakan barang kat pasar malam lebih murah jadi digalakkan beli apa2 yang nak dibeli

dijadikan cerita
aku..mak ndak..mak sedara sepupu(mak s2)..dua orang anak dia jalan2 la pusing2 tengok2 dulu
pastu kitaorang pun singgah kat satu kedai(gerai)ni yang jual toys
aku masih belum nak beli apa2 jadi tengok je diorang yang lain memilih barang
boring gak sebenarnya kalau tengok je..
jadi aku pun pergi kedai yang bertentangan yang jual toys plus segala bentuk cenderahati
yang korang leh beli buat kenangan korang dah sampai Cameron
lama gak aku kat situ
bila dah lama for sure la mak ndak aku pun dah blah dari kedai yang tadi tu
memang
aku tercari2 tengok kiri kanan depan belakang
dari kedai tu aku jalan sampai ke hujung pasar malam..takda
aku jalan lagi..kali ni aku cuba balik ke bas..takda juga
aku tunggu kat tempat bas tu dalam 5 minit pastu baru aku gerak balik pergi pasar malam
sebab aku tak beli apa2 lagi jadi aku buat keputusan untuk pergi beli dua tiga barang
nak telefon henset lak takda..buat tak tau je la
lagipun diorang dah besar
dapat la aku beli tomato ceri and teh perisa rose and strawberry
habis beli terus je aku balik ke tempat bas
keinginan nak membeli dah terbantut
bila semua dah naik bas mak ndak aku dengan mak s2 aku pun sampai
kiranya diorang paling last naik bas
bas gerak pergi hostel

atas bas mak ndak aku cerita
lepas diorang beli barang kat kedai toys tu diorang gerak pergi kedai lain pulak
masa kat kedai baju baru diorang sedar yang sorang anak mak s2 aku takda kat situ
gelabah..diorang patah balik ke kedai toys tadi
dari jauh dah dengar budak melalak nangis
budak tu ada kat situ menangis..apa lagi budak leh buat kan
Alhamdulillah jumpa

check-in hostel
mandi
ni satu lagi dah la air sejuk pemanas air dalam bilik air lak rosak
mandi air sejuk je la
solat
tido

esoknya kitaorang pergi Mardi..ladang teh and beberapa tempat lagi
beli beberapa barang lagi
ambil gambar
beli..bergambar..beli..bergambar..
baru gerak balik
laluan balik lebih selamat..jalan pun macam highway
jama’ taakhir kat hentian Sg. Perak sebelum gerak balik Kedah
aku takda gambar nak dimasukkan
sebab gambar2 semuanya kat dalam laptop kak aku
sampai rumah maghrib
malam tu juga malam nisfu sya’ban
aku sempat la baca yassin

apa aku rasa..
kalau diconcludekan aku tak la tak gembira dan tak la heppy sangat
sinonimnya takda perasaan
agaknya sebab sebelum pergi sana aku ada bersedih sikit kot
apa2 pun lupakan je la apa yang berlaku
hidup mesti diteruskan 
 sambung lagi lepas ni

bye..

p/s:magnificent_6 punya ole-ole ada tapi kat kampung
balik raya haji nanti along bawa





_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?e1082b80d3ececeffcfe248758d69d94

Cerita kenangan 1

Assalamualaikum

sem 7 dah buka tirai..seminggu berlalu tinggal 13 minggu lagi
bila jumpa dengan kawan-kawan masing-masing ada perubahan 
yang dulu bertunang sekarang dah bernikah..yang dulu naik motor takda lesen sekarang kereta pun dah leh bawa
ada yang dah beranak tapi belum berpinak
dulu budak-budak sekarang dah jadi anak dara
manis comel je

sem ni aku dah tak satu bilik dengan wana
roommate paling setia dari sem 1 tu dah tinggal dengan dayah
dan aku pulak sebilik dengan feeza 
bilik baru dengan suasana baru
nak sesuaikan diri tak susah pun
sebab kitaorang geng magnificent_6 juga
cuma perlu upgrade sana sikit sini sikit supaya tak awkward
tengok muka hang tengok muka aku pastu gelak
along(aku) and angah(feeza)

ingat lagi masa sem 1
duduk nilam court
aku..feeza..dayu..dayah..wana
satu rumah tapi feeza duduk bilik lain
sorang lagi pikah dan dia duduk rumah lain
mana-mana pergi sama-sama
biasa la tu takda kawan lain(aku la)
lagipun dah satu rumah satu kelas satu course
senang nak buat apa-apa pun..assingment..perbincangan ..assingment..assingment lagi
assingment kan banyak(tiap2 subjek)
assingment paling aku suka 
assingment bahasa omputih(bo)
kitaorang kena cipta produk baru(tak kisah apa2 pun)
pastu kena present in bo
produk yang kitaorang cipta(aku..dayu..dayah..wana)
feeza group lain masa tu
pikah pun
adalah iron beg..tak ingat pulak aku apa nama sebenarnya..dah lupa 
lama tu ..sem 1 la katakan
iron beg ni kira akan iron baju yang kita letak dalam tu
kalau letak baju basah pun iron beg ni akan keringkan dan iron baju tu
beg ni guna kuasa battery macam laptop..so leh la charger
and senang la nak dibawa pergi mana2 pun
student pun senang gak la masukkan je baju dalam tu and then tunggu je
sambil2 tu leh la cicah roti kering dengan teh..melantak meggi semangkuk
yang bagus sikit buat kerja sekolah..assingment ke
bila cipta produk kena la ada sampelnya
jadi kitaorang kena fikir pulak macam mana nak buat sampel
fikir punya fikir dapat idea...
kitaorang ambil satu plastik sampah besar punya
pastu tebuk kat atas sekali and gunting kat tengah buat macam ada zip kat situ
masukkan penyangkut baju kat dalam lubang yang atas tu
tebuk lubang kecik kat bawah..itu untuk charger
lekat..gunting..lekat..gunting..dah siap
ni la lebih kurang yang aku ingat
bunga tu just decoration je..
takda gambar real jadi lukis sendiri pun boleh la
walaupun tak cantik sangat
 dapat markah berapa aku tak tau
yang penting aku tak perlu mengulang

aku dengan mdm ramiza(tudung kuning) and sebahagian budak2 TMA3
kelas terakhir sem1

sekarang ni sebahagian bebudak dah berpecah
masuk kelas lain tapi still update segala berita sebab masih berjumpa
facebook kan ada
semua cerita ada dalam tu
tekan je..semua di hujung jari anda

nanti aku sambung lagi cerita
tajuk post cerita kenangan 1
kononnya nak sambung..dapat sambung ke?


bye..bye

Tuesday, September 20, 2011

Cerita cuti

Assalamualaikum

apa khabar?
harap sesiapa yang baca aku punya blog ni sihat la ye..
sememangnya aku dah lama tak mengupdate blog ni 
dah tak berapa pandai nak mengarang
takda idea pula tu
ni pun sebab dah boring takda benda nak buat 

apa cerita aku sekarang?
dah ke bulan, bintang atau dah bertunang
jangan nak merepek merapu kat sini
sebenar-benarnya 
aku masih kat USIM menghabiskan second last sem sebelum aku mula practical
masih bergelar student
masih single
masih dengan kawan-kawan yang sama(magnificent_6 & lain-lain)
tapi dengan cerita-cerita baru
cerita lama takkan dilupakan sebab itu adalah kenangan

anak-anak buah dah makin membesar
bilal yang macam lipas kudung
cepat je terlepas
rajin pulak tu nak tolong sepahkan bilik
tapi yang bagusnya rajin nak solat dengan abah dia

khadijah yang sekarang dah boleh merangkak
dah mula pakai tudung
apa yang aku perasan bila dia tengok je mula la mulut dia bising bercakap apa ntah
aku pun tak faham

 Wafi yang dah bising
dah pandai nak itu ini
yang asyik dengan pistol tangan dia tu
lari sekeliling rumah tembak orang
bila lepas tengok-tengok dah dok berkebun kat belakang rumah
tak pun main air yang abah aku tahan buat siram pokok

Wafa yang dah tahu meminta 
"nak katon..nak katon..mak ndak nak katon(kartun)"
"mak(tok) nak susu..nak roti"
dah pandai buka pintu peti ais cari makan sendiri
dan yang lebih menggeerunkan dah jadi minah rempit dalam rumah
merempit dengan basikal roda tiga macam merempit kat jalan raya


memandangkan aku cuti akhir sem dari bulan 5 sampai lepas raya
(lama tu)
aku tak buat apa pun kat rumah
cuma buat kerja yang apa suri rumah buat
kalau nak dikira macam memantapkan kecekapan dalam hal ehwal rumah tangga la
yang paling penting kat sini aku tiap-tiap hari kena masak(lunch je)
dan masakan itu perlu la memenuhi selera mak aku
mak aku bukannya yang jenis memilih tapi selera dia kurang kalau tak kena cara
jadi apa-apa yang aku nak masak kena tanya mak aku dulu
"mak nak masak apa hari ni?"

adik aku Tirah lak dok sibuk ambil PMR
percubaan hari tu dia dapat 2A5B1C1D
mak aku dah bising
abang aku senang je kata
"alah PMR je..SPM nanti pulun le"
aku lak tak tau nak cakap apa
diam je

masa cuti tu juga aku and family pergi air terjun
pengalaman pahit sikit bila handset aku rosak dicerobohi air
dekat sebulan kat kedai untuk diperbaiki
Alhamdulillah la dah ok walaupun tak berapa sedap pakai
kali kedua aku pergi air terjun masa dua hari sebelum puasa
masa tu memang ramai la orang
dan aku dah beringat sikit jangan bawa masuk handset dalam air
walaupun Kedah time tu kemarau
air terjun tu pun kering je
tak kira la kan
mandi tetap mandi

aku rasa nanti la aku sambung cerita cuti aku ni
aku tak tau nak cerita dah

salam
( '   ',)