Monday, March 21, 2011

Kartun

Assalamualaikum

korang suka tengok kartun?
kenapa la tetiba tanya pasal kartun 
ye la semua orang tak kan terlepas dari meminati cerita-cerita kartun
macam tu juga aku
rasanya sampai sekarang aku suka
kalau balik rumah kekadang aku layan je cerita kartun ni 
contohnya macam cerita

jimmy neutron
alah yang kat tv9 tu
 suka sebab best

avatar the last air bender
kat tv3
hari jumaat kul 9.30am
time tu dah bersedia aku kat depan tv

kuzco the new emperor 
kartun ni aku mula tengok masa kat KMKN(kolej)
hari jumaat juga
kul 9am rasanya
sesama dengan kengkawan yang satu geng juga minat cerita ni
kalau kat rumah tak aman sangat
nanti abang aku mula la "dok tengok kartun.."
dia ambik remote terus alih siaran lain
sengal betul
aku ditindas dan dibuli
sekarang ni bagi je la cerita kartun apa pun aku layan je
ulang kali
tapi ada lagi cerita kartun yang aku tak lepas tengok
 
Princess and The Frog

Rapunzel-Tangled

mesti bestkan 
bila la dapat tengok
aku dok cari gak nak tengok online tapi 
biasa la line tak berapa bagus
hope-hope aku dapat tengok satu hari nanti
atau kalau korang aku link yang leh download free bagus gak
apa-apa pun
go2 cyok
fighting


tata
.........

Sunday, March 20, 2011

Teks jadi novel?

Assalamualaikum

benda apa yang aku nak post kali ni
cerita rindu dah selalu
cerita anak sedara memang selalu
cerita kengkawan ada je
kenangan terselit la satu dua kat mana-mana cerita
post kali ni aku nak cerita pasal novel pulak la
dah lama tak beli novel
padahal baru je beli satu novel baru..tak la baru sangat
aku ni dalam dok takda duit pun boleh lagi beli novel
mungkin aku suka kot bendanya tu
baca novel
setakat ni aku suka beli novel keluaran Jemari Seni Sdn. Bhd
sebab novel-novel diaorang lebih santai
pastu kulit novel diorang cantik and menarik
cuba la layari diorang punya website
Rooftop Rant by Hlovate
 
ni la buku yang aku suka sesangat
cerita pasal budak yang  bermasalah dan macam mana dia berubah akhirnya
dibantu oleh orang yang takda langsung pertalian darah dengan dia
kenapa aku suka novel ni?
novel ni bagi aku semangat bila baca
ada some part yang when diaplikasikan dalam hidup aku macam lebih kurang sama
dan ini first novel yang aku tak baca bab terakhir dia
aku ni selalunya akan baca sikit yang depan lepas tu terus baca yang belakang
tapi tak untuk novel ni
sabar je aku habiskan satu muka ke satu muka
siap ulang baca berkali-kali

Jaja & Din by Noor Suraya
 
ni pulak novel kedua yang aku suka
cerita pasal macam mana si Jaja ni meminang si Din
menarik jalan ceritanya
si gadis yang sepenuh hati mencintai si jejaka
sanggup mengembara mencari si dia
huhu

banyak lagi novel yang aku baca 
sejak dari zaman sekolah menengah
budak mana yang tak kenal novel Ombak Rindu and apa ntah lagi novel2nya
budak laki aku tak tau la kan
kalau masa sekolah rendah dulu buku-buku cerita penyiasatan jadi pilihan
macam Siri Hadi and Siri Salma
buku cerita ni pun banyak je kat library sekolah aku
jadi bila time rehat library la jadi tempat lepak
komik pun aku layan juga

Under 18

tapi kenapa bila baca buku teks sekolah 
adussss
( *_  _ )
buka je mengantuk
buka je menguap
kopi bercawan-cawan
tapi kalau mengadap novel
tak minum tak makan
nak membuang pun tahan je
sanggup sampai ke pagi tak tidur
..mungkin..
buku teks tu kena jadikan sedikit sebanyak ada ciri-ciri novel
kecikkan saiz jadi macam novel
pastu kulit dia kena warna-warni sikit
ayat-ayat dia kena ada bunga-bunga and ganas-ganas sikit kot
animasi muka ganas gitu
baru students2 rajin nak buka
haha
boleh ke macam tu
just cadangan
kalau boleh buat je la kan
untuk kepentingan student2 juga
and at the same time improve and growth our economic 
ye la student2 ni la yang nak membangunkan negara lepas ni
aku dah merepek meraban
haha

masa dolu2 tak cukup umur lagi aku layan je baca paper politik
sedikit sebanyak aku tau dunia politik
mak aku menjeling je
suruh aku pergi baca buku sekolah
tapi sekarang aku dah kurangkan 
dah malas and muak pun ye juga
dah makin besar makin aku faham
dan aku tahu
 apa-apa pun kita kena banyak membaca
tapi jangan la pulak baca benda-benda tak sepatutnya
baca jampi serapah memang tak patut
baca benda-benda blue..yellow..red..pink la
baca apa yang sepatutnya je
okkey
sampai sini
aku blah dulu


 tata
.............



Saturday, March 19, 2011

We are the Best3

Assalamualaikum

template lama
aku tak berapa puas hati dengan template baru aku
jadi aku guna balik template yang aku penah guna sebelum ni

hujung minggu yang relax habis
takda aktiviti kat campus atau yang berkaitan dengan iceps7
22/3 hantar proposal method
24/3 and 25/3 quizzzz
26/3 muet program
29/3 mid term and hantar assigment company law
1/4 hantar credit management group assigment
and berderet-dret lagi yang dah confisu aku bila nak kena hantar
hari ni aku baru send softcopy assignment madam jun
lambat patutnya semalam
and dengar cerita yang lambat hantar kena potong markah
adakah aku berada dalam senarai orang yang kena potong markah?
adakah aku tak kisah kena potong markah?
apa yang penting aku dah hantar
dari tak hantar langsung 
potong tak potong markah tu kan kerja madam
kalau bising pun bising kat kengkawan je
sehari dua lepas tu diam

cerita lain pulak la
malam tadi meeting besar-besaran punya dah berlangsung dengan jayanya
segala kekusutan ketidak fahaman dan persengketaan cuba diselesaikan
cuma tak tahu berjaya diselesaikan atau tidak
malam tadi juga sesiapa ada idea bernas nak disumbangkan untuk menjayakan lagi icep7 
digalakkan menyuarakannya
berkasih sayang la..by..
information through message..by..
 blog..fb..
face to face..
centralization
macam-macam lagi
dan ditutup dengan
satu dewan kena buat
chear up
 conduct by aziz and abu dhirar

"we are 
the best..best..best...best"
sambil buat thumbs up

comel je semua
haha
bagus juga buat macam tu
bila semua dah panas je dengan isi-isi meeting
hope lepas ni antara students iceps7 
takda la sengketa or kata-mengata
masam muka
heppy and enjoy je
baru la best iceps7
kalau yang nak tahu lebih lanjut iceps7 ni boleh la layari http://iceps7.blogspot.com/
ada link dia kat aku punya column 'jiran_aku'
kat sebelah kanan tu je
semua aktiviti yang dah dijalankan and bakal dijalankan under iceps7 ada kat situ
so jangan segan-segan or malu-malu untuk singgah

pagi tadi sekali lagi abang aku fairuz tanya alamat email aku
dia nak send gambar khadijah
seronok giler la aku
bila dah dapat
senyum je aku tengok gambar si comel




 cukur rambut


tido je
nak buat apa lagi kan
bila dah kenyang
aku nak banding dengan gambar wafa wafi and bilal

ni aku tak pasti la pulak
tapi rasanya wafi

wafi


 wafa

 bilal


tengok muka yang menceriakan hati
seronokkan jadi baby
tak perlu nak pikir pasal apa-apa pun
nangis je
semua orang akan kerumun
tengok apa yang tak kena
lapar ke 
membuang ke
kena gigit nyamuk ke
semua ada orang tengokkan
jealous aku
hehe
satu cadangan buat korang yang sedang bersakit hati
atau makan hati

bila rasa sakit hati or makan hati
ambik sehelai kertas and lukis hati korang kat atas kertas tu
nak nampak real warnakan seakan-akan..bukan seakan-akan tapi seperti hati korang
dah habis lukis
koyak kertas tu and buang dalam tong sampah
supaya rasa sakit hati korang dah dibuang
pastikan korang buat ni dengan sepenuh hati
sebab kalau separuh hati tak jadi nanti
pastu pergi ambik wuduk and baca quran
kasi tenang sikit hati yang sakit hati tu
insyaallah
hati akan menjadi tenang
aku terfikirkan cars untuk tenangkan rasa sakit hati aku
ni yang aku terfikirkan
jadi aku nak korang tahu and kalau korang nak cuba pun boleh juga
cumanya
aku tak penah cuba tapi aku rasa ok la untuk sesiapa yang berada dalam keadaan di atas

before i leave..
one thing to remember
everything we do is because of who
 segala apa yang kita buat adalah kerana siapa





adakah senyuman aku berbunga seperti ini
hehe..huhu
tata
............






Thursday, March 17, 2011

Kongsi

Assalamualaikum

tadi pergi DN..dataran nilai
main badminton lepas gian
aku main kejap je pastu bagi dayah and...main lak
dayu and wana dari awal sampai lah ke akhir tak berhenti
kuat betul stamina 
sambil dok menonton perlawanan aku and feeza sembang la banyak benda
dari satu ke satu
dari zaman sekolah tadika ke zaman universiti pastu masuk ke zaman bercinta
hahaha
menipu je
mana pernah bercinta

close gate for love story
it is not a suitable time to talk about
i mean for me not for others
i still can hear what you want to talk to me
because i had learned to hear and keep it as a secret
if you want me to do like that
i will lend you my ear
my shoulder too 
so that you will feel comfortable 
just choose your time
i will give my time
 but i'm not good to give advice

apasal time love cintan-cintun aku mesti in english?
hairan + ngongek = bongek
leh ke equation macam tu?
aku dah merapu

aku ni budak kedah..tau kan
lahir and membesaq kat kedah
bila dah besaq skit aku dapat belajaq kat luaq kedah 
jadi lah aku peghantau bertauliah
pastu ada la sikit perubahan dalam loghat aku
daghi biaq ke biar
belajaq jadi belajar
kadang-kadang tu bila balik ghumah aku terpaksa keghaskan lidah aku 
nak cakap macam oghang kedah
kalau nak terlepas tu nak wat macam mana kan
yang bestnya adik aku tirah pulak bercakap macam orang kl
aku pulak yang dok ngejek dia
haha
takda gheja dh aku ni
  pastikan hampa yang baca post ni baca ikut loghat kedah no
sekali-sekala ja
hampa pun bukan pghenah berloghat kedah
ni aku bagi peluang
leh la no
aku blah dulu
apa-apa cincai


 sengih tetap sengih
........

Wednesday, March 16, 2011

mewarna

Assalamualaikum

satu kelas je pagi ni malam ni satu lagi?
tapi hari ni kelas malam takda
apa lagi lepak la kat rumah
wat benda-benda yang tak dapat diklasifikasikan sebagai berfaedah atau tidak
sekarang ni pun on the way buat assignment madam jun
nak kena hantar esok
baru nak buat?..memang la
nak telefon mak lagi tapi credit aku cukup-cukup makan je

sebenarnya nak masukkan cerita pasal kitaorang bebudak biro jamuan and makanan iceps 
dah lama tapi hari ni baru rasa nak masukkan
pergi gotong- royong kat satu tabika ni
kerja cari dana
ingat ke gotong-royong biasa rupa-rupanya
siap ada ucapan and sumbangan
ramai pulak tu pak cik and mak cik yang terlibat
segan sudah
lepas ucapan perasmian
ada ambik gambar
siap masuk sinar
tapi kitaorang tak tengok pun sebab tak beli
antara gambar-gambar yang ada
 mc

 orang tinggi kat kawasan tu

 orang besar tabika erpaduan

 orang politik kat situ
tapi aku tak terlibat dalam politik 

 sumbangan kepada orang-orang tak berkemampuan

 sarapan
sebelum mula kerja
 pecah tanah

 mula melukis
and mewarna

 cendawan dayu


 hasilnya

 in construction

 hasil kerja wana dayah eton and aku
plus sesiapa yang datang selepas itu hulurkan bantuan menghabiskan mewarna
credit to cik dayu

makan petang..kuih pau dgn jemput-jemput
tapi tak sempat ambik gambar dah masuk perut
lepas kenyang baru balik
walaupun penat tapi heppy

pas ni kalau ada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja kitaorang and
nak panggil kitaorang leh la
tapi ada la bayarannya
cari dana namapun
hehe


sini je dulu
................................

balik ke tak

Assalamualaikum

apa je yang aku nak cerita
takda cerita walaupun banyak cerita 
malam tadi pergi pasar malam
kononnya nak cari sandal
tapi sebab agak lambat sampai hajat di hati tak kesampaian
it's ok cause dapat pergi pasar malam juga 
dah dekat setengah sem 6 ini kali pertama kitaorang pergi pasar malam
ye la kan..tiap-tiap malam isnin sampai la malam khamis ada kelas
nak skip kelas semata-mata nak ke pasar malam
takda koje hamba 
hehe

jumaat malam ada meeting besar-besaran punya
ntah apa yang nak dibincangkan pun tak tau
sempena iceps7 
harap-harap habis la masalah malam tu nanti
ingat malas nak pergi tapi nanti tak tau apa-apa yang dibincangkan pulak
entah la
nak penuhi kepuasan semua orang memang tak boleh
akan ada yang tak puas hati and separuh hati and yang tak puas hati langsung
kalau semua orang cuba untuk memahami kan bagus
faham yang setiap benda tu atau perkara tak kan boleh nak puas hatikan semua orang
sebab ada yang tak faham, yang tak mahu faham, faham tapi sengaja buat tak faham and 
yang faham sungguh-sungguh
aku tulis panjang lebar selebar permaidani pun tak kan boleh buat apa
tutup kes

konon nya time cuti nanti kitaorang semua tak leh balik 
4 bulan tu
baru berangan dapat puasa and raya dengan family
sekali jadi macam ni
memang aku tak sanggup
tapi aku boleh buat apa
ikut suka hati diorang je nak keluarkan arahan macam tu
tapi aku rasa kalau aku nak balik aku balik je
ikut suka hati aku
boleh je kan

aku telefon mak sesaja
buang duit 
tapi lepas rindu
pastu aku tanya satu soalan 
"mak kalau cek (aku) balik pastu ponteng sehari dua boleh dak?"
mak aku diam pastu dia cakap 
"ikut suka la"
nampak sangat mak aku tak bagi dari kediaman dia 
last-last aku cakap
"nanti cek tanya kawan cek dulu dia nak balik ke tidak"
sampai hari ni aku tak tanya-tanya sebab...
aku akan tunggu sampai habis sem 
except ada emergency case baru aku balik
.................

Monday, March 14, 2011

E.V.O.L

Assalamualaikum

night..
i don't have any reasons to write 
but i'm boring gilerrr
sory
english please
many things to do but i'm doing nothing
i'm totally crazy with something
i want to ask everyone that read my blog
it is ok if someone he/she speak/told/write/ anything that bring the same aim to tell others
that he/she are in love?
i mean he/she told others about their feeling over the world
if you told through fb or twitter or myspace
must be everyone not all in this world would know right?
love not love to their parent but to their pakwe and makwe
where they are still didn't have any legal relationship
and their owner is still their parents
i'm just want to know because i didn't know
some people will say it's ok but some will say no
why yes? and why no?
what about me?
secret
haha
i'm the one asking so i have immunity
hehe
just kidding
why i'm asking about this all things?
i'm not very sure why
but it's not cause of i have a boyfriend
it just a question that suddenly come to me
for me love is ok
but the ways we spread it must be in a good manner
spread it mean how you...
i mean...ok for example

you get a flower from your pakwe/makwe
is there any makwe give flower to their pakwe?
or
post in fb
"i love and i need u cayang
love u forever"
or 
"cayang2 i miss u la"

i have my own idea
it better if you just keep it only share with your bff (best friends forever) because
they more understand yourself 
and 
if you clash with your pakwe/makwe you didn't need to worry to much
cause they (bff) will support and give advice to you
not to worry to much because not many people know
about your love story
it is ok what i try to make you understand with my idea 
 
i'm just want to help someone/everyone 
because 
 
love is sweet that can make you excited 
love is sour that can make you cry
love is bitter that can make you can't forget your story
love make you blind
not just that
some people will come deaf and dumb 
so take it simple and easy
 

just think about it 
walk away to find true E.V.O.L = L.O.V.E





tata

Sunday, March 13, 2011

Khadijah

Assalamualaikum

dok tunggu gambar khadijah yang abang aku nak emailkan
tak sampai-sampai
tiap-tiap hari aku buka fb tengok kot-kot adik aku ada masukkan dalam fb dia
tapi takda
time-time ni la semua orang kat rumah aku tu pakai enset biasa yang takda camera
and enset aku tak leh terima msge bergambar pulak
banyak betul halnya
kalau tak korang dah leh tengok gambar khadijah
aku pun tak la kempunan
"sabar je lah"

semalam aku and kengkawan pergi walimah ustaz abdullah kat serting ulu
gerak kul 3 lebih and sampai sana kul 4 lebih 
konvoi 3 buah kereta
dalam keadaan hujan yang sederhana lebat
ada ke hujan sederhana lebat?
ustaz dah tunggu kitaorang 
makan + ambik gamabr + sembang2 + salam + cenderahati 
ada la sekali dua terlajak and tersalah masuk jalan
tapi alhamdulillah selamat sampai and balik
lepas solat asar gerak balik 
singgah kejap kat ulu bendul tuk pergi toilet
pastu terus je balik
dalam kul 8 sampai kat sutera indah

malamnya aku ngantok sangat
lepas makan meggi mata aku turun naik je
minta tidur 
nak mengupdate blog tak jadi
last petang ni baru dapat
malam tadi gak adik aku tirah msge
kata kalau nak gambar khadijah hantar email kat abang aku
aku pun terus la nak hantar sekali tengok takda no dia kat dalam list contact aku
baru teringat aku ada tersetting enset sebab tu ada beberapa no tel. yang hilang
sampai la ni pun aku belum dapat apa-apa

semalam juga aku ada seminar and muet program
seminar tu sampai petang tapi kitaorang skip belah petang
lari pergi rumah ustaz
program muet tu pun aku tunjuk muka pagi and tengah hari je
sebelum balik
ada orang len aku rasa ok kot nak lari

dayu dah sampai dari kampung
siap bawa pineapple..nangka..puding..and benda yang aku kirim 
thanks dayu
lepas ni leh kirim lagi
haha
aku tak dapat nak upload gambar barangnya line tak berapa
dapat post baru pun dah cukup bagus
 
assingment ada je nak kena buat
malas punya pasal sampai hari ni aku belum mula
esok dah mula kelas
minggu ni ada je assingment yang nak kena hantar
suka sangat buat kerja last minit
pastu mula la salah sana sini
hari tu untuk assingment islamic banking and takaful paling sengal aku rasa
dalam pukul 5.30am pagi baru aku tidur betul-betul
esoknya lepas print berderet-deret kesilapan ejaan
teruk betul

cuti sekolah dah mula
tirah ada je kat rumah
hari tu aku telefon dia cerita yang dia banyak hentam
hentam tu tau tak apa bendanya?
lebih kurang macam tembak masa jawab soalan dalam periksa
paper math and sains pulak tu
dia dah la nak ambik pmr tahun ni
buat main-main pulak
tapi bila ingat balik
aku masa pmr pun main-main gak
biasa la orang yang tak penah pikir nak sungguh-sungguh macam aku ni
study pun main-main je
aku ingat lagi time awal tahun pmr tu cikgu yang ajar aku math bersalin
pastu ada la sorang cikgu ni ganti
muda and perempuan
aku masa tu dapat math C tak ingat la pulak periksa apa
masa hari-hari dia mengajar kitaorang
dia tanya kami semua sorang demi sorang
nak dapat apa untuk math
time aku
aku jawab la nak dapat A
memang aku nak dapatkan A untuk math
sebab aku suka
pastu dia bagi penanda yang ada kata-kata
sampai la ni aku simpan
and bila pmr aku dapat A untuk math
heppy2
math sains sejarah
adalah subjek yang aku suka
cikgu sains aku masa spm selalu cakap sains senang dan kamu semua akan dapat A
aku yakin gila
tapi betul la kan selain dari doa seorang ibu
kata-kata guru pun mujarab juga
and aku dapat A untuk sains
pada aku tirah leh buat
kena rajin sikit
dia kalau dah balik rumah tu tv je la kerjanya
macam aku
kalau aku ni terbuka minda nak betul-betul belajar sungguh-sungguh masa kat u
masa sekarang
perubahan masa suasana and usia agaknya
tapi pointer aku dari satu sem ke satu sem makin turun pulak
makin nak habis sem makin susah subjeknya
tapi tak kisah la
yang penting
kerjasama
apa kena mengena kerjasama dalam study ni..
yang penting belajar

tu je kut laporan harian aku
nak panjang2 kang ada yang boring lak

selamat berpetang

..tata..


Sunday, March 6, 2011

Bilal

Assalamualaikum

dah selesai satu program under biro jamuan dan makanan
facial therapy
belajar macam mana nak bersihkan wajah and nak make-up untuk student
ada dua tiga ilmu baru yang aku dapat
lepas ni muet program pulak 
aku kena cari soalan untuk mystery box
balik je dari program terus melekat kat depan laptop
cari soalan-soalan yang mencabar minda 
untuk budak-budak yang akan joint muet program nanti
jangan risau soalan tak susah
hehe..

khadijah dah selamat dibotakkan kepalanya
(cukur rambut)
mak pun masih menetap kat rumah abang jaga kak ipar and baby
aku?
masih kat nilai tunggu hari nak balik kampung
lambat lagi

Bilal

 seingat aku ni time raya tahun lepas
masa orang dok sibuk masak ketupat..rendang..

 tunggu punya tunggu rendang nak masak
dia boleh tersengguk-sengguk kat depan tv
nasib baik aku nampak
kalau tak dah tersembam ke bumi
terus aku bawa dia masuk bilik bagi tidur
hehe..

beberapa hari lepas raya tahun 2009
malam sebelum aku balik nilai
Bilal lahir
disebabkan aku dah nak balik
mak aku bawa aku and tirah untuk pergi tengok dia
tirah pun dah nak balik hostel juga masa tu

 Khadijah agak-agak macam mana muka dia?
macam Bilal ke?



 aku kena jaga masa kak and abang aku pergi mengurut
lepas kemalangan on the way ke Kelantan
Bilal pun terlibat juga
kaca cermin depan habis kena kat kepala dia
nasib tak apa-apa











sekarang dah pandai berjalan
mesti la kan
tak kan selamanya nak merangkak pulak
 aktif memanjat situ sini
kita pulak yang takut dia jatuh

aku nak buat kerja lain dulu
tata
........