Tuesday, April 24, 2012

Mee Goreng

Assalamualaikum

aku sihat
Alhamdulillah

hari ni aku bawa mee goreng pergi office
buat makan pagi or lebih tepat untuk sarapan
kalau hari-hari lain aku bangun pukul 6.30 am
tapi hari ni aku bangun awal sikit pukul 6 am
mandi sembahyang baca quran baru mula masak
kelam kabut sikit sebab nak gerak pergi kerja pukul 7.30 am
bagi sesetengah orang mungkin sempat tapi aku ni first time kot buat sarapan
dalam 7.15 siap masak terus siap-siap
nasib ada mak yang tolong rasa kalau dak tak tau la..
ok la masa makan tadi 
no comments  

cerita kat rumah pulak
malam tadi aku sedih sebab wafa wafi serabutkan bilik aku
walaupun sebelum-sebelum ni dah biasa tapi malam tadi aku emotional sikit
lepas sembahyang baru tenang sikit hati

kak ena dah sebok-sebok kemas barang baby
due date 21-5-2012
awal or lambat tak tau la aku
mak kata doktor suruh bedah sebab baby besar 
memandangkan kak aku pun sebok menjadikan aku pun tak sebok juga
aku merajinkan diri mengemas katil baby yang berhabuk sangat tu
nanti nak kena basuh jadi kemas dulu la

beberapa hari lepas aku ada tanya wafa
masa tu dia tengah makan nasi dengan telur goreng
"kalau mak ndak ambik adik wafa leh dak?"
saja jer aku tanya
sekali dia kata..
"ambik la"
sambil menyuap nasi ke dalam mulut
"betoi ka?"
"emm.."
tak tau la emm untuk soalan aku atau emm untuk sedapnya nasi yang penuh dalam mulut
pastu kelmarin masa bye-bye kat bilal and khadijah yang dah nak balik rumah depa mak aku cakap
"wafa kata nanti baby kakak keluar bagi kat mak ndak.."
aku gelak ja
biar betol budak ni
aku main-main ja
boleh lak dia p cerita kat mak aku
memang..
tapi 
aku tetap tak sabar nak dapat baby baru...

bye



smile sokmo





Tuesday, April 17, 2012

Birthday

Assalamualaikum

aku sihat
kat pejabat zakat la ni
sunyiiiiii....
bunyi kipas and bunyi aircond je
plus bunyi tv
just ada tiga orang dalam pejabat la ni
aku..firdaus and isteri dia
port aku kat mana lagi kalau kat depan kaunter je
sekejap-sekejap lari masuk bilik ustaz on fb
pc luar ni tak leh fb 
so...apa lagi..
mana pergi budak-budak lain?
depa pergi menara zakat alor setar
hari ni ada sesi penyerahan cek kat pemohon-pemohon bantuan persekolahan tahun 2012
patutnya ina ada sekali dengan aku tapi dia kena pergi jumpa supervisor 
sebab tu la firdaus bawa isteri dia
esok turn aku pulak pergi alor setar 
first time..
tak tau macam mana sesi tu berlangsung

12-04-2012
tu tarikh birthday wafa
aku sebenarnya tak ingat pun
balik rumah adik aku bagi tau
sempat la aku kiss si wafa tu 
sebab aku kena pergi rumah mak ndak aku
dia demam dah beberapa hari tapi hari khamis baru mak aku tau
jadi terus mak aku suruh aku dengan tirah bermalam kat rumah mak ndak
sebenarnya dah jadi rutin pun aku pergi rumah mak ndak setiap hujung minggu
pergi online sebab kat situ je aku leh online
esoknya balik rumah aku tengok dah ada sebiji basikal kat dalam rumah
wafa dapat hadiah basikal
pastu ada lagi la beberapa potong cheese kek
ummmmyummyum..
plus RFC or radix fried chicken
walaupun tak dapat celebrate sekali dapat juga la menjamah kek tu
first time makan cheese kek
makan sikit pastu pergi rumah mak ndak balik
dengan bawa mak aku
hehehe..
mak aku tu dah la sakit kaki
jadi susah nak naik motor
bila bawa lak aku kena bawa dengan berhati-hati sikit
kalau dak merempit je aku

 semalam
ada kenduri sikit kat office
sambut birthday mizi yang jatuh hari ni
dia bawa laksa
pastu dia suruh bebudak pompuan bawa apa-apa
jadi aku bawa la puding roti yang first time aku buat
atas tunjuk ajar kak ena
nasib menjadi
wani bawa dadih..sedap
pastu sambil makan-makan ustaz pulak buka lagu raya
mau touching-touching
aku je yang touching
sedih kot..
habis makan sambung kerja balik
sambung cerita petang semalam
aku balik rumah
of course la kan..
pastu mak aku suruh la goreng cucur kodok (cok kodok)
bukan cucur katak..ok
kiranya jemput-jemput pisang
tapi aku makan nasi dulu lapar 
konon-konon nak buat benda lain
belek-belek buku masakan tak cukup bahan 
last-last buat cok kodok juga
malamnya aku lepak dalam bilik je
nak tengok tv malas
layan novel
pukul 9.30 sembahyang isyak
sambung baca novel balik
dalam pukul 10 aku keluar bilik buat kopi ais
bawa masuk bilik layan novel 
nak habiskan baca novel tu kat telinga terdengar la bunyi yang nak kata seram pun tak la sangat
bunyi macam orang potong kuku 
sekali dua kali tiga kali
malas la nak layan buat tak tau je
layan-layan sampai kul 12.30
pastu tidur..



smile sokmo

Friday, April 6, 2012

Bongkok Seribu

Assalamualaikum

aku sihat
cuma sakit belakang sikit
update seminggu aku

Ahad

aku pergi kerja macam biasa
wani bawa nasi goreng dari rumah 
jadi sarapan pagi tu makan sedap masakan air tangan wani
hari ahad juga aku balik rumah dengan jalan terbongkok-bongkok
bila sampai rumah..
"awat jalan macam tu?" mak bertanya dengan nada risau
"hehe.." aku
"jatuh motor ka.." mak bertambah risau
masa tu aku membelakangkan mak aku
air mata dah nak menitik
tapi aku cover
"cek bangun kelam-kabut pastu pinggang tertarik terkejut..."
sembahyang kena duduk atas kerusi
tak pernah aku sakit belakang sampai macam tu
tidur pun hati-hati je
nak pusing kiri kanan kena pelan-pelan

Isnin

aku tak pergi kerja
petang pergi mengurut kat mak ngah
mak cik ni aku tak pernah jumpa la pulak
tapi mak dah pernah kena urut dengan dia la
kena sekali memang la sakit..
dekat sejam la kena urut
balik tu lega sikit
Selasa
aku pergi kerja
abah ada tanya nak dihantarkan ka
tapi aku kata aku boleh pergi sendiri
hari isnin sarapn bihun goreng
firdaus bawa
kat office aku buat kerja agak berhati-hati
and dengan rasa tak sabar nak balik rumah

Rabu

aku pergi kerja
dengan gembira
tapi aku balik dengan kesedihan
aku cuba tenangkan hati and diri and tak fikir sangat pasal benda-benda yang menyedihkan tu

Khamis

aku pergi kerja dengan rasa yang terumbang-ambing
rasa tak sedap hati dan perasaan
tapi semua tu hilang bila masa balik tiba
sebelum balik aku singgah bank tengok duit ptptn
pastu beli kuih and air soya
aku mengidam kot
tapi bukan mengidam bawa budak ok

bercakap pasal mengidam
(bercakap?)
aku bakal dapat dua anak sedara baru
untuk tahun ni
kak ena aku akan bersalin dalam bulan lima ni
kak nurul dalam bulan 10/11
Insyaallah

Jumaat

aku pergi rumah mak ndak aku
niat untuk online
and update blog

Sabtu

tak tau lagi
ada kenduri kat kampung

tu je kot rasanya update aku
untuk minggu ni
bye



smile sokmo