Tuesday, July 3, 2012

Anak dara tua

Assalamualaikum
aku sihat

"tirah kita kahwin sekali jom", tiba-tiba aku bagi pendapat kat tirah
"tak mau aku, aku tak mau kahwin awal", nada sedikit hagin
"laa..aku tunggu hang habis mengaji la..pastu kita buat kenduri sekali..jimat", segala macam alasan aku bagi
"tak takut ka jadi anak dara tua nanti..haah?", soalan cepu gangsa dari tirah
dengan nada riang-ria aku menjawab..
"apa nak kisah jadi anak dara tua, kalau dah jodoh dia lambat nak buat macam mana?, tu cuma title je" 
dalam hati hanya Allah yang tau minta tak la jadi macam apa yang aku cakap

aku dulu bercita-cita nak kahwin awal..kahwin time belajar..konon-kononnya..
tapi sampai la ni tak kahwin-kahwin dan aku tak kisah sebab umur muda lagi
belajar pun tak habis lagi
banyak benda lagi nak kena belajar
bukan setakat habiskan belajar kat universiti tu
belajar kenal dunia kenal manusia
cari pengalaman dalam hidup
la ni aku sedar yang aku banyak tak tau
orang tanya aku dan jawapan yang aku bagi adalah tak tau
ada impian yang aku nak langsaikan
masaalahnya aku ni bukan budak yang pandai buat perancangan dalam hidup
aku cuma budak yang pandai kata
"I follow"


smile sokmo


Pesan Ustaz Mat

Assalamualaikum
aku sihat

"hidup kena ada prinsip", ustaz mula bermukhadimah
"emm..", kepala terangguk-angguk
tak tau la 'emm' untuk faham apa yang ustaz cakap atau sedap roti yang dikunyah
"yang betul cakap betul and kalau salah kena cakap salah", ustaz sambung lagi
kepala aku pun terangguk lagi
"kalau buat salah minta maaf..kita tau yang kita buat salah"
sambil-sambil gulung rokok daun ustaz berpesan
"ya..ya..betul", membetulkan apa yang betul
pesan ustaz dalam minggu-minggu terakhir aku 
praktikal kat pejabat zakat pendang