Sunday, June 24, 2012

Kenduri tunang ker?

Assalamualaikum
aku sihat

"lama kita tak buat kenduri kan?", sambil-sambil hirup air masak aku tanya tirah
"tunggu hang kahwin nanti la", sedap sungguh jawapan yang keluar dari mulut dia
"bukan kenduri kahwin la..", aku mengeluh sedikit
"kenduri adik-beradik..jamuan kecik-kecik"
kena guna perkataan jamuan kot baru kena, baru faham
tapi sebenarnya aku memang sengaja test tirah
nak tengok jawapan yang keluar dari mulut dia sama dak dengan apa yang aku fikir
jadi jawapannya sama

jadi terjadi la cerita aku menjemput budak-budak pejabat zakat mai rumah
dulu masa awal-awal buat praktikal depa nak mai rumah tapi mak aku tak bagi
dalam dok buat praktikal merata rumah depa aku p, jadi mak aku pun bagi la
ditambah dengan depa pun dah nak habis praktikal
mai lah depa beramai-ramai ke rumah aku

jadi disebabkan mak aku tak larat nak masak
mak aku pun tempah la mee rebus kat sorang mak cik ni
mak cik ni pulak rumah dia dekat-dekat dengan rumah mak abah abang ipar aku
mak cik ni pun tanya la kat mak abang ipar aku yang aku ni nak bertunang ker?
mana taknya tempah makan untuk 20 orang
tak ker ramai tu
mak aku tempah untuk budak-budak pejabat ditambah dengan family aku sekali
tu yang jadi ramai tu
mak abang ipar aku lak tanya kat abang ipar aku
yang abang ipar aku p suruh tanya kat ustaz ismail sendiri iaitu abah aku
last-last mak cik tu tanya fakhrur yang ditugaskan untuk ambil tempahan
keluar la cerita sebenar-benarnya
jemput depa mai untuk tunjuk rumah aku
pada masa yang sama jamuan perpisahan la kiranya

so la ni aku sorang-sorang kat pejabat
dengan ustaz mat, firdaus and omar plus shiro..miow..miow


smile sokmo









Tuesday, June 19, 2012

Serika

Assalamualaikum
aku sihat

"serika (iron) jubah dengan tudung mak sekali"
aku buat muka..mulut muncung kiri kanan
tapi dalam hati saja ja
"amboi!", perkataan amboi ditarik panjang
 "mak dulu serika baju hampa menimbun tak merungut pun..ni baru suruh serika dua lai (helai) mulut muncung-muncung"
sudah..
jangan main-main bila mak suruh buat kerja
aku pula yang tak sedap hati
rasa bersalah kot walaupun saja-saja ja buat muncung-muncung mulut tu
tapi aku serika juga baju mak

"mak kalau cek tak p takpa dak?", sambil-sambil dok serika baju terkeluar la soalan tu
aku serika baju tu nak p tengok sepupu aku yang kena langgar kat hospital
malas and ada la alasan yang aku tak mau bagi tau
"apa ni, p tengok orang sakit pun tak mau.."
 ( _ _ ) sudah..
"bla..bla..bla"
siap adik aku fakhrul pun menyampuk sama..dot..dot
keluar dalil aqli and naqli
jadi kena p juga

 

 smile sokmo

Monday, June 18, 2012

Pasaq

Assalamualaikum
aku sihat

fakhrul masuk dapur
jadi aku tanya
"hang nak p pasaq ka?", aku tanya sebab nak ikut
lagipun kelmarin fakhrul yang ajak p
tapi dalam hati macam tak sedap pulak..pasaq..pasaq..
 dua tiga kali ulang dalam hati
"haa?", tak dengar atau buat-buat tak dengar
"hang nak p pasaq dak?", aku ulang lagi
"pasaq..", dengan nada mengejek
menyambung ejekannya "orang tak guna pasaq-pasaq ni, orang guna market, pekan nat dak pun pekan sabtu atau pekan hari"
"pasaq..", tak habis lagi sambil gelak-gelak kat aku
last-last tak p pun pasaq pagi tu..
 bila tak ingat loghat kampung lagu tu la jadinya
 
 
 
 
 smile sokmo


Thursday, June 14, 2012

Nak beli kerepek?

Assalamualaikum

aku sihat

"nak beli kerepek?"
aku silap dengar ka..
ni pejabat zakat takkan kak nak beli kerepek
"nak beli kerepek", aku ulang balik soalan tu
"ha'ah beli kerepek.."
"nak jual kerepek ka?", aku tanya balik
"ha'ah adik nak beli kerepek dak?"
ok sekarang aku dah faham
rupanya kak tu jual kerepek
staff pejabat dah kenal tapi aku ni firast time la jumpa
pelik pulak aku tiba-tiba tanya nak beli kerepek dak..
macam-macam



smile sokmo

Tuesday, June 12, 2012

Menerima dan memberi

Assalamualaikum
 Aku sihat

"Pergi panggil yang kat dalam tu"
 aku terus bangun pergi panggil ina dengan wani
 "Ambik ni" sambil tangan tua berkedut menghulur duit kertas seringgit
tak cukup dengan tu kepingan syiling dikeluarkan
 "Aih tak payah la" penolakan dari ina dan wani berkali-kali
Namun, tangan tua itu tetap memaksa
Situasi yang sama aku lalui beberapa minit sebelum tu
Dan situasi yang sama berlaku setiap kali tok tua ini datang
Tak pernah lokek untuk menghulur seringgit dua kepada staff yang melayan dia
Rasa terharu menjengah hati
 Tok tua ini adalah penerima bantuan zakat bulanan
Kita sendiri tahu golongan yang macam mana boleh menerima bantuan zakat
 Dan walaupun menerima bantuan masih tetap mahu memberi kepada orang lain
"Buat amal banyak-banyak masa muda", pesan tok tua 
Tak lokek dalam segala-galanya. 
Kisah ni dah beberapa hari berlaku
Tu kisah bulan ni
Yang ni cerita bulan lepas
"Nah ambik air ni", air kotak bertukar tangan. "minum nampak haus"
Memang pun. Aku dah minum dekat nak habis sebotol air yang aku bawa tapi masih juga dahaga 
Tekak kering. Balik rumah lepas kerja hari tu aku demam
Khamis, Jumaat, Sabtu
Ahad pergi kerja pun masih dalam keadaan pening-pening 

dok kat office zakat buat aku belajar banyak benda
ada masa aku hampir menitiskan air mata
berat mata memandang berat lagi bahu yng menggalas beban



smile sokmo






Wednesday, June 6, 2012

Belated

Assalamualaikum

aku sihat
minggu ni sebelum pergi kerja aku akan tengok kalendar
ok hari ni 6/6/2012
pastu hari ni aku tergerak mulut bertanya kat tirah yang pagi-pagi dah buka laptop main game
"birthday hang bila?"
aku tanya sebab tarikh hari ni macam tarikh birthday dia
pastu dia gelak sambil menjawab
"dah lepas dah haai.."
"bila..3/6/12..?..awat hang diam ja tak bagitau?"
"malas la.."
"kalau cakap leh beli kek dengan hadiah"
perbualan aku dengan dia habis kat situ ja..

hari ni makan tengah hari kat rumah mak cik cleaner
p ramai-ramai

~ menu hari ini ~

makan
nasi puteh
sambal ayam
daging goreng ala-ala...
gulai udang dengan kacang buncis
ikan temenung goreng + ikan tamban goreng
jering + petai
sambal belacan

minum
oren ais
teh ais
kopi panas

pencuci mulut
buah limau
rokok daun untuk lelaki sahaja

sedap tak terkira la
bertambah-tambah  tapi budak laki je la
hak pompuan satu pinggan dah sengkak perut 
sembang-sembang pastu balik office

balik nanti kena singgah bank cucuk duit pastu p beli kek
dalam rancangan macam tu tapi aku hanya merancang Allah yang menentukan
ditariknya kerajinan aku..

kelmarin sepupu aku nur `atifah dirisik orang
orang perak tapi dah kenal satu sama lain
mak kata kenal sebab mengaji sekali kot..aku pun tak sure sangat
kalau diikut rancangan tipah and budak laki tu depa nak bertunang hujung tahun ni
and kahwin bulan enam tahun depan
tipah ni anak mak ndak aku
aku kan penah cerita yang mak ndak aku rumah dia dekat la dengan rumah aku
dalam 20 minit perjalanan
so mak ndak jemput la mak abah aku p kelmarin
fakhrul pun ikut sekali la sebab dia yang drive
pastu masa mak aku sampai sana rombongan dah pun ada
jadi bila abah aku duduk je terus depa berbalas pantun sambil menyua cincin dekat abah aku
mau tak tercengang abah aku sebab cuma dimaklumkan datang untuk merisik
pastu depa pun bagi tau yang adat depa memang macam tu
cincin merisik 
pastu cincin tunang
and lastly cincin kahwin
pastu kalau nak bagi lagi ikut suka hampa la
last2 adik aku si fakhrul yang bercakap
"eloknya cepat-cepat kahwin"
tak tau la aku ayat fakhrul tu macam mana sepanjang mana tapi maksudnya macam tu la
tapi apa kesudahannya...


aku nak beli kamera



smile sokmo