Monday, October 31, 2011

Rajin

Assalamualaikum

lama gak aku tak update blog
just nak update cerita pasal aku and kengkawan aku kat sini
sini tu kat mana?
sini tu kat usim
usim tu kat mana?
usim tu kat nilai
kalau orang tetua tanya
dok kat usim diorang 0000 kan je
tapi kalau cakap nilai..
"yang jual kain murah2 tu kan..
mak cik dah penah pegi...bla..bla.."
kain juga yang dia kenal

ICEPS7 dah habis dengan selamatnya
berjaya atau tidak tak tau la
hope ok..

pastu on 21-23 pergi Cameron Highland
main objective is to mendaki gunung brinchang
bertolak dari usim jumaat malam
dua biji bas 
sampai sana time subuh 
lepas subuh + sarapan + membuang segala apa yang patut
ekspedisi dimulakan
ada 6 group and setiap group ada 11 orang
 kitaorang group3
ahli2 group:
magnificent_6 - pikah = magnificent_5
maimunah 
asiah
faizah
habshah
fadhil
ipin

dengan beberapa guide yang biasa mendaki
langkah diatur
aku lak entah camne la leh tergerak untuk joint
merasa la aku kat atas tu
kaki jem + krem (aku tak tau lak nak eja camne)
senang faham kejang la
lebih kurang
3 kali lak tu
2 kali kena urut
tapi aku berjaya gak habiskan mendaki before limit masa yang ditetapkan
thanks to magnificent yang tolong aku masa tu
and bebudak yang asyik say "fikah@tikah boleh"
thanks gak pada budak yang buatkan tongkat
but tongkat tu tak sempat sampai kat atas pasal patah kena pijak
sapa yang pijak..hehe
bukan aku ye
thankss
kalau korang takda memang aku patah balik turun 
sebenarnya aku dah nak nangis kat atas tu
dah nangis pun 
cuma senyap2 sorang2
sebab aku menyusahkan magnificent 
bila sampai atas memang nikmat 
nikmat dengan ciptaan Allah + nikmat sakit kaki
lepas rehat beberapa jam + ambik gambar 7..8 keping kaki mula melangkah turun
ni satu hal aku bengang sesangat
punya la jauhhhhhhhh...
tak sanggup rasanya kalau kena berjalan sampai bawah
walaupun pemandangan sekeliling sememangnya cantik 
ladang teh + kebun sayur tapi..aduhsss
nasib baik ada trak yang sudi tumpangkan kitaorang sampai bawah
best gak berdiri reramai atas trak tu..
plus lalu kot lereng2 bukit and seram kalau kena selisih dengan kenderaan lain
sesiapa yang penah pergi Cameron tau la laluannya macam mana
bila sampai bawah kena tunggu bas ambik kitaorang lak
melepak la depan kedai apa ntah reramai
perut lapar + kaki sakit + ngantuk
memang penat
bas sampai gerak pergi kem tempat untuk berkhemah
sampai dah lewat petang
time tu juga hujan turun
cepat2 dirikan khemah
tak sangka cekap juga magnificent siapkan khemah
tak sempat mandi just tukar baju 
sembahyang jamak
masak untuk makan malam
kena masak sendiri tapi aku just tolong2 sedia bahan je
sebab dah ada yang offer diri tuk masak
lagipun skill aku ciput banding yang lain

menu makan malam:
nasi puteh
kari kentang pekat (aku suka)
sosej goreng
sosej masak sambal merah (perlu diupgrade sikit)
air teh suam

malam tu juga kitaorang buat sambal ikan bilis 
tapi tu untuk makan sarapan esoknya
pukul 10malam makan
sebelum tu aku feeza and dayah lari pergi mandi
for sure airnya sejukkkkkkkk sesangat
aku mandi ala2 kambing takut hujan
tak sangup lama2
sabun pun tak bubuh
alamakbapak terkantoi..
pas makan kemas dapur semua
terus masuk tidur
kitaorang 5 orang satu khemah
sendat la sikit
tidur malam tu bertarung gan kesejukan + kesakitan kaki + kebisingan + kesempitan
sebab kat tapak khemah tu pun ada orang2 lain gak
yang tak reti faham orang lain nak tido
beberapa kali aku terjaga
kali pertama ok lagi
kali ke dua dah ada yang ubah posisi
mengiring kiri kanan
nasib la aku dapat lelapkan mata
yang penting paginya aku tau yang aku tertidur gak
dari tak tidur langsung
paginya lepas subuh
masak sarapan

menu sarapan:
nasi puteh semalam
kari kentang pekat I like semalam
sambal ikan bilis
cucur ikan bilis (sedikit keras and tawar)
pancake strawberry @ lempeng strawberry (innovation by lolipop)
roti
air teh suam

pas makan kemas2 pastu siap untuk bertolak balik
khemah diruntuhkan + ambik gambar
naik bas terus gerak
tapi sebelum tu ada la singgah beberapa tempat
dapat la aku beli strawberry and t-shirt untuk anak2 buah..tirah ..fakhrurr and aku
dalam kul 6pm lebih sampai kat jati
my hostel
mandi + sental baju yang memang teruk kena lumpur
esoknya pergi kelas gan kaki yang sakitttt
huhu

apa rasnya 
rasa gembira and gembira
ada yang tanya
apa aku leh cakap ok seronok 
Alhamdulillah selamat pergi and sampai
masih dipanjangkan umur
ingat lagi gara2 nak panjat gunung ni aku beli beg trekking
harga rm60++
abang jual tu siap pesan
"ingat la orang tersayang"
aku senyum je la
orang tersayang aku ada kat sana tu
dah dimaklumkan awal2 pasal benda ni and dah diizinkan pun
jadi ok la kan

bila dah sampai hostel malamnya aku telefon mak
bagi tau dah selamat sampai and cerita gak yang aku krem segala macam tu
mak aku lak pergi cerita gan fakhrurr 
bila aku fb gan fakhrurr dia gelakkan aku lak leh sampai krem kaki
memang dasar budak2

la ni aku dok sibuk lak main game catur bestari
+ - macam saidina
sapa yang penah main saidina
tadi petang berlatih 
aku wana pikah and feeza joint + bebudak yang memang biasa main
jadi wakil usim
competition kat uum
10 and 11 november ni

habis dah update aku
gambar

 awal pagi hari pertama

bila dah sampai kat atas

aku malas la nak upload gambar 
lambat
next post la aku post just gambar gunung brinchang


bye..
smile sokmo

Friday, October 14, 2011

Praktikal mana?

Assalamualaikum

harap semua orang(macam ramai je yang baca) yang baca or layan blog ni sihat2 la kesihatannya
(*^ ^,)

aku la ni dok sibuk2 kan diri mencari tempat nak praktikal
mak dah warning awal2 
cari yang dekat Pendang je
kat Alor Star pun aku tak dibenarkan pergi
merata aku cari situ sini
takut gak sebab tak tau macam mana keadaan kat tempat2 tersebut
kena cari 3 tempat and nanti kena hantar surat
mana yang terima aku ni akan maklum balas balik
satu dah lepas kat Sg. Tiang
masa aku bagi tau mak dia cakap jauh
agak jauh dari rumah
tapi dia nak suruh abang ipar aku tengok dulu sebab abang ipar aku dok lalu kot situ bila pergi mengajar
yang dua lagi aku tak pasti lagi kena telefon dulu
harap2 boleh la
aku akan mula practical bulan 2 nanti
bulan 1 periksa akhir semester 7
terus sambung praktikal
bila dah nak praktikal ni aku and kengkawan dok sibuk pikir
 nak pakai kasut apa?
kasut hitam bertutup ke?
atau
macam kasut ni je ke...?

 kasut ni?


pastu pikir lak nak guna beg apa

beg ni ke

atau beg ni


lagi bagus bawa beg ni
tak larat tarik je
hahaha..

beg ni pun ok gak

tapi apa2 pun jenis kasut and beg
just makesure pakai yang sesuai dengan tempat korang praktikal tu
praktikal kat bank tapi pakai macam nak pergi pasar malam
seliper gan t-shirt je

moral of the story 
dari awal dah kena bersedia dari segi mental and fizikal
cyok2 to all my friends
especially to
MAGNIFICENT_6


bye..