Sunday, June 24, 2012

Kenduri tunang ker?

Assalamualaikum
aku sihat

"lama kita tak buat kenduri kan?", sambil-sambil hirup air masak aku tanya tirah
"tunggu hang kahwin nanti la", sedap sungguh jawapan yang keluar dari mulut dia
"bukan kenduri kahwin la..", aku mengeluh sedikit
"kenduri adik-beradik..jamuan kecik-kecik"
kena guna perkataan jamuan kot baru kena, baru faham
tapi sebenarnya aku memang sengaja test tirah
nak tengok jawapan yang keluar dari mulut dia sama dak dengan apa yang aku fikir
jadi jawapannya sama

jadi terjadi la cerita aku menjemput budak-budak pejabat zakat mai rumah
dulu masa awal-awal buat praktikal depa nak mai rumah tapi mak aku tak bagi
dalam dok buat praktikal merata rumah depa aku p, jadi mak aku pun bagi la
ditambah dengan depa pun dah nak habis praktikal
mai lah depa beramai-ramai ke rumah aku

jadi disebabkan mak aku tak larat nak masak
mak aku pun tempah la mee rebus kat sorang mak cik ni
mak cik ni pulak rumah dia dekat-dekat dengan rumah mak abah abang ipar aku
mak cik ni pun tanya la kat mak abang ipar aku yang aku ni nak bertunang ker?
mana taknya tempah makan untuk 20 orang
tak ker ramai tu
mak aku tempah untuk budak-budak pejabat ditambah dengan family aku sekali
tu yang jadi ramai tu
mak abang ipar aku lak tanya kat abang ipar aku
yang abang ipar aku p suruh tanya kat ustaz ismail sendiri iaitu abah aku
last-last mak cik tu tanya fakhrur yang ditugaskan untuk ambil tempahan
keluar la cerita sebenar-benarnya
jemput depa mai untuk tunjuk rumah aku
pada masa yang sama jamuan perpisahan la kiranya

so la ni aku sorang-sorang kat pejabat
dengan ustaz mat, firdaus and omar plus shiro..miow..miow


smile sokmo









No comments:

Post a Comment