Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum

aku sihat
walaupun dah lama tak update cerita baru

hari khamis baru dapat anak sedara baru
baby girl
Hafsah Binti Muhammad Fairuz
belum tengok lagi jadi takda gambar
esok mungkin

baru saja mengemaskini maklumat-maklumat untuk j-qaf
dah sahkan pun
cuma tunggu keputusan 

aku beli camera baru
jadi raya tahun ni aku usung la p beraya sekali
nak kenalkan kat semua orang
pastu masa mak aku buat rumah terbuka aku kira dok ambik
gambar adik-beradik sepupu-sepapat aku
nak jadi kisah

"cepat la..", pujuk diorang ala-ala marah manja gitu
"jom ambik gambar.."
aku dah berpeluh berdiri kat luar rumah masa rembang petang
yang girls malu-malu
jangan risau aku bukan jenis yang rajin 
masukkan gambar-gambar ni dalam fb
kalau rajin pun aku akan pilih yang elok-elok ja
"cepat la..ramai-ramai ambik gambar.."
"tahun depan dah takda.."
terkelur ayat yang ada maksud mendalam tu
dalam hati simpang malaikat 44
asthagfirullahalazim...2 3 kali dalam hati
lastly dapat juga ambik gambar

nanti sambung lain


smile sokmo


Tuesday, July 3, 2012

Anak dara tua

Assalamualaikum
aku sihat

"tirah kita kahwin sekali jom", tiba-tiba aku bagi pendapat kat tirah
"tak mau aku, aku tak mau kahwin awal", nada sedikit hagin
"laa..aku tunggu hang habis mengaji la..pastu kita buat kenduri sekali..jimat", segala macam alasan aku bagi
"tak takut ka jadi anak dara tua nanti..haah?", soalan cepu gangsa dari tirah
dengan nada riang-ria aku menjawab..
"apa nak kisah jadi anak dara tua, kalau dah jodoh dia lambat nak buat macam mana?, tu cuma title je" 
dalam hati hanya Allah yang tau minta tak la jadi macam apa yang aku cakap

aku dulu bercita-cita nak kahwin awal..kahwin time belajar..konon-kononnya..
tapi sampai la ni tak kahwin-kahwin dan aku tak kisah sebab umur muda lagi
belajar pun tak habis lagi
banyak benda lagi nak kena belajar
bukan setakat habiskan belajar kat universiti tu
belajar kenal dunia kenal manusia
cari pengalaman dalam hidup
la ni aku sedar yang aku banyak tak tau
orang tanya aku dan jawapan yang aku bagi adalah tak tau
ada impian yang aku nak langsaikan
masaalahnya aku ni bukan budak yang pandai buat perancangan dalam hidup
aku cuma budak yang pandai kata
"I follow"


smile sokmo


Pesan Ustaz Mat

Assalamualaikum
aku sihat

"hidup kena ada prinsip", ustaz mula bermukhadimah
"emm..", kepala terangguk-angguk
tak tau la 'emm' untuk faham apa yang ustaz cakap atau sedap roti yang dikunyah
"yang betul cakap betul and kalau salah kena cakap salah", ustaz sambung lagi
kepala aku pun terangguk lagi
"kalau buat salah minta maaf..kita tau yang kita buat salah"
sambil-sambil gulung rokok daun ustaz berpesan
"ya..ya..betul", membetulkan apa yang betul
pesan ustaz dalam minggu-minggu terakhir aku 
praktikal kat pejabat zakat pendang 




Sunday, June 24, 2012

Kenduri tunang ker?

Assalamualaikum
aku sihat

"lama kita tak buat kenduri kan?", sambil-sambil hirup air masak aku tanya tirah
"tunggu hang kahwin nanti la", sedap sungguh jawapan yang keluar dari mulut dia
"bukan kenduri kahwin la..", aku mengeluh sedikit
"kenduri adik-beradik..jamuan kecik-kecik"
kena guna perkataan jamuan kot baru kena, baru faham
tapi sebenarnya aku memang sengaja test tirah
nak tengok jawapan yang keluar dari mulut dia sama dak dengan apa yang aku fikir
jadi jawapannya sama

jadi terjadi la cerita aku menjemput budak-budak pejabat zakat mai rumah
dulu masa awal-awal buat praktikal depa nak mai rumah tapi mak aku tak bagi
dalam dok buat praktikal merata rumah depa aku p, jadi mak aku pun bagi la
ditambah dengan depa pun dah nak habis praktikal
mai lah depa beramai-ramai ke rumah aku

jadi disebabkan mak aku tak larat nak masak
mak aku pun tempah la mee rebus kat sorang mak cik ni
mak cik ni pulak rumah dia dekat-dekat dengan rumah mak abah abang ipar aku
mak cik ni pun tanya la kat mak abang ipar aku yang aku ni nak bertunang ker?
mana taknya tempah makan untuk 20 orang
tak ker ramai tu
mak aku tempah untuk budak-budak pejabat ditambah dengan family aku sekali
tu yang jadi ramai tu
mak abang ipar aku lak tanya kat abang ipar aku
yang abang ipar aku p suruh tanya kat ustaz ismail sendiri iaitu abah aku
last-last mak cik tu tanya fakhrur yang ditugaskan untuk ambil tempahan
keluar la cerita sebenar-benarnya
jemput depa mai untuk tunjuk rumah aku
pada masa yang sama jamuan perpisahan la kiranya

so la ni aku sorang-sorang kat pejabat
dengan ustaz mat, firdaus and omar plus shiro..miow..miow


smile sokmo









Tuesday, June 19, 2012

Serika

Assalamualaikum
aku sihat

"serika (iron) jubah dengan tudung mak sekali"
aku buat muka..mulut muncung kiri kanan
tapi dalam hati saja ja
"amboi!", perkataan amboi ditarik panjang
 "mak dulu serika baju hampa menimbun tak merungut pun..ni baru suruh serika dua lai (helai) mulut muncung-muncung"
sudah..
jangan main-main bila mak suruh buat kerja
aku pula yang tak sedap hati
rasa bersalah kot walaupun saja-saja ja buat muncung-muncung mulut tu
tapi aku serika juga baju mak

"mak kalau cek tak p takpa dak?", sambil-sambil dok serika baju terkeluar la soalan tu
aku serika baju tu nak p tengok sepupu aku yang kena langgar kat hospital
malas and ada la alasan yang aku tak mau bagi tau
"apa ni, p tengok orang sakit pun tak mau.."
 ( _ _ ) sudah..
"bla..bla..bla"
siap adik aku fakhrul pun menyampuk sama..dot..dot
keluar dalil aqli and naqli
jadi kena p juga

 

 smile sokmo

Monday, June 18, 2012

Pasaq

Assalamualaikum
aku sihat

fakhrul masuk dapur
jadi aku tanya
"hang nak p pasaq ka?", aku tanya sebab nak ikut
lagipun kelmarin fakhrul yang ajak p
tapi dalam hati macam tak sedap pulak..pasaq..pasaq..
 dua tiga kali ulang dalam hati
"haa?", tak dengar atau buat-buat tak dengar
"hang nak p pasaq dak?", aku ulang lagi
"pasaq..", dengan nada mengejek
menyambung ejekannya "orang tak guna pasaq-pasaq ni, orang guna market, pekan nat dak pun pekan sabtu atau pekan hari"
"pasaq..", tak habis lagi sambil gelak-gelak kat aku
last-last tak p pun pasaq pagi tu..
 bila tak ingat loghat kampung lagu tu la jadinya
 
 
 
 
 smile sokmo


Thursday, June 14, 2012

Nak beli kerepek?

Assalamualaikum

aku sihat

"nak beli kerepek?"
aku silap dengar ka..
ni pejabat zakat takkan kak nak beli kerepek
"nak beli kerepek", aku ulang balik soalan tu
"ha'ah beli kerepek.."
"nak jual kerepek ka?", aku tanya balik
"ha'ah adik nak beli kerepek dak?"
ok sekarang aku dah faham
rupanya kak tu jual kerepek
staff pejabat dah kenal tapi aku ni firast time la jumpa
pelik pulak aku tiba-tiba tanya nak beli kerepek dak..
macam-macam



smile sokmo